The Sound of My Heart The Sound of My Heart: 2011

Saturday, December 31, 2011

2011 KE 2012 – SEBELUM DAN SELEPAS !

selamat tahun baru semuaa :]

wahh lama tak juin Bro BA buat segmen .. hihi nak juin ? click here


sementara menunggu berakhir nya tahun 2011 ,perkara yang aku buat :
  1. duduk menghadap tv :>
  2. tiba tiba teringat tahun 2012 aku akan menduduki SPM ! sherammnih !
  3. teringat jugak 01hb ulangtahun kelahiran ayahanda ku yang ke 61 :'> tapi umur dea tak panjang :'>
  4. dan azam aku satu jea , tak mau malas malas study lagi .. haha ^^
my late father yang very the kacak ! haha (kat jepun)


p/s : Happy New Year guys :> apa azam korang ? hihi
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, December 28, 2011

Wordless Wednesday


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Segmen : Up Traffik Akhir Tahun!


thanks Jue (Stripes of My Life) sebab sudi tag kat kitaa .. hihi

kena tag dua orang .. so , mangsa nyaaa ~

Yasmin Suhana
Izzatul Azma

yang lain pun kalau nak juin boleh jugakk ~ click here



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, December 27, 2011

Segmen "Bloglist X-Change" dan "Review Ur Blog"

hey para skodengg ~ :)

hari nih kita nak juin segmen kawan blogger kita .. jum juin skali ?



SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Follow blog Kiz kalau rajin ( tak nak pun takpe )
2. Buat entri pasal segmen ni kat blog korang
3. Of course mesti ada blog sendiri
4. Letak Link Kiz Garden dalam Bloglist korang
5. Lepas letak link, sila komen kat entri ni beserta Nama Blog and Link Blog
6. Nanti Kiz akan terjah blog korang and kalau link Kiz ada baru Kiz
akan letak link korang kat blog Kiz Garden ok.



SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Buat satu entri kat blog korang pasal segmen ni
2. Follow Blog Kiz kalau rajin
3. Letak Link Kiz Garden dalam Bloglist korang
4. Mesti ada Blog sendiri
5. Untuk join, sila sertakan NAMA beserta LINK blog korang kat bahagian comment
6. TARIKH TUTUP : 12 JAN 2012

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, December 26, 2011

1001 makna sekuntum bunga mawar


hey there :)

pehh jiwang pulakk entry aku kali nih .. pasal bunga kunuunnnn .. haha act aku jumpa artikel nih kat dalam majalah .. so , tetiba rasa nak share kat dalam blog .. hihi

check it out !


satu tangkai : Cintaku Hanya Untukmu Seorang
dua tangkai : Kau dan Aku Saling Menyinta
tiga tangkai : Aku Cinta Kamu
enam tangkai : Jadikan Aku Milikmu
sembilan tangkai : Saling Mencintai Selamanya
sebelas tangkai : Kaulah yang Paling Ku Cintai Sepanjang Hidupku
12 tangkai : Perpaduan Dua Hati yang Serasi
13 tangkai : Pengagum Rahsia
24 tangkai : Setiap Saat Mengingati Dirimu
33 tangkai : Aku Mencintaimu Dari Dasar Hati yang Terdalam
36 tangkai : Kehadiranmu Membuat Aku Terpikat
44 tangkai : Janji yang Tidak Akan Tergoyah
50 tangkai : Ini Adalah Cinta yang Tidak Kusesali
56 tangkai : Cintaku
66 tangkai : Jalinan Cinta yang Mulus
99 tangkai : Cinta dengan Pengertian Membuatnya Abadi
100 tangkai : Jadilah Pasangan yang Mengasihi Sampai Lanjut Usia
101 tangkai : Tiada Lain Cintaku Hanya Dirimu Seorang
111 tangkai : Cinta Abadi
123 tangkai : Cinta yang Bebas
144 tangkai : Mencintaimu Pagi hingga Malam Selamanya
365 tangkai : Memikirkanmu Setiap Hari . Mencintaimu Setiap Hari
999 tangkai : Cinta yang Bertahan Selamanya dan Abadi
1001 tangkai : Cinta Selamanya

MAWAR PUTIH : kesucian dan rahsia
makna lain : kemurnian, selalu awet muda ,aku layak untukmu

MAWAR MERAH JAMBU : keanggunan dan kelembutan
makna lain : kebahagian sempurna, percayalah padaku

MAWAR KUNING : persahabatan dan kegembiraan
makna lain : aku peduli, selamat datang kembali , ingatlah aku

MAWAR JINGGA : hasrat dan semangat
makna lain : cinta mulai tumbuh dan tangkap semula romantisnya

gabungan mawar merah dan putih : penyatuan
gabungan mawar merah dan kuning : mengucapkan selamat
gabungan mawar kuning dan jungga : penuh hasrat cinta


setiap tangkai membawa maksud yang tertentu .. :)

ok habes sudaaa ~


p/s : geli geleman buat entry nih .. haha ayat jiwang sangattt ~ :P
p/s : takda colour purple kerr ?
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, December 23, 2011

FANTASTICPIECES GIVEAWAY



join GA lagii .. hihi

mari join !


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

1st Giveaway by Anis and Aina

Link
lama tak juin GA . jum juin sama sama :)

http://aniscadbury.blogspot.com/

okeh nak tag dua orang rakan blogger :)

Natasya Sharin
Amanina Nasuha

hadiah nya pun memang menarikkk .. hooyeahhh !


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, December 9, 2011

So sweet ~ (7)


A tired man came home late from his whole day hard work.
His 5 year old son was waiting for him at the door.

Son : Dad, may I ask you a question ?
Dad : Ya ?
Son : Dad, how much do you make an hour?

Dad : That's not your business.
Son : Please tell me.

Dad- 20 $ per hour.
Son- Dad, may I please borrow 10 $ ?

Dad got angry and shouted on the kid to go to the bed.
The little boy went to the room and shut the door.

After sometime man got calm and he went to kid's room and said-
Sorry for being so hard. Here's your 10 $ u asked for.

Kid smiled : Ohhh... Thank you so much daddy !

Then boy took out some coins he had kept under the pillow, he counted them and said :

"Dad, I have 20 $ now.
Can I buy an hour of your time ?

Please come home early tomorrow.
I would like to have dinner with You."

Dad and his son hugged :)

p/s : tak laa sweet sangat .. cuma buat orang terharu jea .. kan ^^
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, December 7, 2011

Wordless Wednesday


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, December 5, 2011

Love and Friendship


selamat petang :)

cinta dan persahabatan . mana lebih penting ?

cinta lagi penting ? tapi sebelum bercinta kena la bersahabat dulu kan ?

persahabatan lagi penting ? tapi tanpa cinta hidup nih macam kosong kan ?


tapi bukan kah persahabatan tuh wujud dulu sebelum bercinta ? masa kita mula mula masuk tadika pun kita bersahabat dengan semua orang . aku tak tahu la kalau ada orang dah mula bercinta masa kat tadika . apa yang aku cakap nih majoriti !

friendship is best relationship in this universe ! bila berkawan , kita bebas buat apa jea . boleh gelak kuat kuat , boleh cakap apa jea yang kita nak , berkongsi apa yang kita ada , tak payah cover cun or cover macho . betul tak ?

bila bercinta pulak , kita akan cuba sedaya upaya nampak sempurna di mata si dia . sedangkan kita kena jadi diri sendiri . buat apa seksa diri untuk orang lain ? be yourself and enjoy your life !

kadang kadang ada orang bila bercinta tak ingat duniawi . lupa kawan kawan . lupa family . haihhh apa mau jadi ? haha tapi bila ada problem , bergaduh , putus cinta , baru ingat nak carik kawan , nak mengadu sana sini . baru ingat nak luangkan masa dengan family .

walau apa pun yang jadi , kena la seimbangkan antara kekasih dan sahabat . dua dua nih penting . jangan sampai terlalu asyik bercinta sampai tak sedar ada kawan yang terasa . setiap orang pun ada perasaan apa . tapi kena ingat jugak . jangan sampai lupa si dia bila sibuk berseronok dengan kawan kawan . kang ada yang merajuk sebulan tak nak makan ! haha



cinta datang dan pergi . jadi jangan terlalu bangga dengan cinta .

jangan harap kawan yang baik kalau diri sendiri masih terumbang ambing .

keluarga tetap diutamakan !
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, November 29, 2011

Wordless Wednesday


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

ohh your smile ~

selamat malam ^^

khamis minggu lepas , 24 November Twilight Breaking Dawn part 1 keluar .. aku dah tengok . korang dah tengok ? haha best gila ! best sebab ada Robert Pattinson laa .. haha cair aku tengok muka dea ..

eh eh tadi melalut jea .. sebenarnya aku nak cite pasal senyuman .. aku mengaku aku akan cepat cair bila tengok senyuman orang .. hihi tapi bukan semua ..

antara artis yg ada senyuman menawan - Robert Pattinson , Bae Yong Jun (winter sonata) , Aaron Aziz , Irfan Roslan (tentang Dhia) , Matt Dallas (Kyle XY) dan yang paling penting Shaheizy Sam ! hihi ^^


Robert Pattinson :)
Edward Cullen and Bella Swan (Twilight)


tengok tuh senyuman dea .. alahaiiii ~

Bae Yong Jun ^^

Irfan Roslan ^^

dea nih suka senyum sikit jea .. tapi tuh yang buat aku cair .. haihhhh <3

Matt Dallas :)

comel betul orang nya dalam cite Kyle XY ..

tengok tuh senyuman nyaa .. alahaiii .. cair kejap :)

Shaheizy Sam dan mummy nyaa .. love his smile !


ok nih sekadar pendapat aku jea tentang senyuman dorang .. sory la kalau aku dah curik gambar 'boyfriend korang'.. hehe

aku memang cepat cair bila tengok senyuman orang .. nak buat macam mana .. korang pun ada cara sendiri kan nak cair tengok orang lain .. ada orang suka tengok pakaian , rambut..

adioss !

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, November 22, 2011

Wordless Wednesday


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, November 21, 2011

di sebalik ungkapan 'I am okay'


selamat malam ^^

andai kata kita dapat sesuatu yang dah lama kita idamkan .. mesti rasa happy melampau dan kita rasa nak kongsi dengan semua orang kann ?

bila kita sedih ? memang dalam hati akan rasa nak berkongsi dengan seseorang .. tapi siapa ? family ? kawan ? atau kekasih ?

tapi ada jugak orang yang suka simpan sendiri .. pendam dalam hati .. sembunyi kan dengan ungkapan 'I'm okay' 'aku takde apa apa laa' 'siapa kata aku sedih , mana ada !' dan cuba nak senyum .. haha aku selalu buat ^^

kadang kadang bila kita nampak seseorang tuh sedih , kecewa atau marah ,kita mesti nak tahu kenapa kann .. prihatin la kata kann .. tp ada masanya seseorang tuh tak nak cakap .. mengelak bila kita tanya .. jangan paksa !

ada kemungkinan seseorang tuh memang tak nak kongsi dengan kita .. mungkin sebab kita tak rapat dengan dea .. mesti dea takut takut nak cite .. itu hak dea .. jangan paksa ok ^^

maybe jugakk perkara yang dea sembunyikan tuh terlalu peribadi .. mungkin hal keluarga .. sapa tau kan ?

beri dea masa dulu .. jangan kacau emosi orang suka suka hati .. kang ada kau kena bunuh nanti .. haha tunggu dea cool down dulu .. lepas tuh tanya elok elok apa sebab dea sedih , marah ..

berkemungkinan jugak dea saja nak rahsia kan sebab nak tengok kesungguhan kita .. betul ke kita prihatin kan dea ? ke saja nak tunjuk baik ? ha ? mana tahu kann ..



"I'm fine . Thanks for asking . "

"Aku okay . Jangan risau laa ."

"Mana ada aku sedih "

"Betul la aku takde apa apa . Kalau tak percaya tanya hati aku . haha "

antara cara nak elak paling berkesan .. haha lagi lagi ayat yg last tuh ^^



Smile is easier than explaining why you are sad <3



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, November 20, 2011

Anda diTAG !

hey there !
wohoo ! lama tak update blog .. ok now nak layan tag dari Aida Jalil ..

THE RULES :
  • You must post these rules.
  • Each person must post 11 things about themselves in their journal.
  • Answer the questions the tagger set for you in their post . And create 11 new questions for the people you tagged to answer.
  • You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
  • Go to their page and tell them you have tagged him/her.
  • No tag back !
  • No stuff in the tagging section about 'YOU ARE IF YOU'LL ARE READING THIS' YOU LEGITIMATELY (aka really, trust, will all honestly) have tagged 11 people.

OK sudah post segala rules yang ada .. sekarang saya nak jawab soalan yg diberi !

  1. Apa cita cita korang satu hari nanti ? sebab ? = cita cita ? nak jadi businesswoman yg berjaya ! haha sebab tak ramai perempuan melayu yg ceburi bidang nih ^^
  2. Ade gf/bf ? name manje ? =boyfriend ? ramaii ! haha
  3. Andai kata , pada suatu hari , mase korang jalan jalan dengan pasangan korang , tibetibe pasangan korang terjatuh dikhalayak ramai , ape korang nak buat ? =tarik dea jatuh sekali ! haha
  4. Makanan kegemaran ? =chipsmore !
  5. Suke makan tempoyak ? =tak pernah makan
  6. Peristiwa paling memalukan dalam hidup ? share la . hihi = sebab paling memalukan , so tak ingat .. haha
  7. Peristiwa paling best dalam hidup ? =hang out bersama temanteman
  8. Binatang yang paling tak suke ? sebab ? =ulat ! err geli !
  9. Suke jenama ape ? sebab ? =tak amek tau .. haha janji best !
  10. Sebab ape korang beblogging ? =sebab banyak nak kongsi and boleh jumpa ramai kawan !
  11. Ape pendapat korang tentang saya ? =aida ngekk ngokk ! haha

soalan saya untuk korang pulakk .. jawab tau !

  1. Sejak bila mula blogging ?
  2. Siapa idola blogger korang ? kenapa ?
  3. Umur sekarang ?
  4. Antara keluarga ,sahabat dan kekasih ,mana penting ?
  5. Benda paling mengarut korang pernah buat ?
  6. Tempat percutian idaman korang ? kenapa ?
  7. Siapa yang paling korang minat (artis) ? kenapa ?
  8. Handphone yang korang sedang gunakan ?
  9. Lagu apa yang korang paling sukaa ? kenapa ?
  10. Awak kenal saya tak ?
  11. Apa pendapat korang dengan blog nih ? ada cadangan ?

dan 11 orang yg bertuah ituuu ~~ (bertuah ke malang ?)

  1. Alif Rashid
  2. Aenn Zafyra
  3. Ain Zulaikha
  4. Umie
  5. Ikhwan Haris
  6. Scha Lalala
  7. Eanie Nur
  8. Nazyra Asmiza
  9. Syaza Nazura
  10. Violet Sofia
  11. Cik Azizah

Selamat menjawab ! tak mau tipu tipu tau ! ^^
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, November 9, 2011

Wordless Wednesday


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, November 6, 2011

So sweet ~ (6)


A boy had cancer and he had one month to live .
He liked a girl who working in a CD shop very much .
But he did not told her about his love .

Everyday he went to the CD shop and bought a CD only to talk to her .
After a month , he died .

One day , the girl went to the boy's house and asked about him .
His mom told her that he died and took her to his room .
She saw all the CD's unopened .
The girl cried day and night . Until she died .

You know why she cried ?

Because she had kept her own love letters inside the CD packs .
She also loved him .

moral of the story:
If u love someone , say to him/her directly . Don't wait for the destiny to play the role . Otherwise u will lose that person !

PEACE ! ^^

story nie macam dalam video lagu terbaru Shahir .. meh tengok .. tapi ada lain sikit laa ^^



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, October 17, 2011

So sweet ~ (5)


I am bad in ENGLISH but
I can tell you that I LOVE YOU.


I am bad in GEOGRAPHY but
I can tell you that you LIVE in my HEART.


I am bad in HISTORY but
I can REMEMBER the first time I saw you .


I am bad in CHEMISTRY but
I can tell whats the REACTION when you SMILE.


I am bad in PHYSICS but
I can tell the INTENSITY of SPARK of my EYES when they SEE you.


I am bad in every SUBJECT but
I can TELL ALL ,
I will PASS all SUBJECTS if the TOPIC is YOU.
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, October 9, 2011

Dia Untukku (Semanis Kurma) ^^

assalamualaikum :)

hari khamis lepas 6 okt 2011 , saya tengok rancangan kat tv9(dekat di hati) .. rancangan Manisnyaa Kurma Ini ~ eh eh tak tak .. haiya macam mana boleh salah nih .. hihik rancangan Semanis Kurma laa .. pengacara nya Ustazah Siti Nor Bahyah dan suami nya..

artis jemputan memang saya suka ! Imam Muda Asyraf dan isterinya Nurhusna .. saya minat dengan Asyraf sebab dia punya senyuman , comel pulak tuh .. haihh tak boleh puji lebih lebih , laki orang tuh ~

tajuk kali nih memang menarik .. Dia Untukku .. sesuai untuk sesiapa yang masih belum bertemu jodoh , masih mencari .. saya nak kongsi sikit la apa yang saya dapat dari program tuh :)

Faktor wanita/lelaki dikahwini :
  1. Hartanya.
  2. Keturunannya
  3. Kecantikannya
  4. Agamanya
yang paling penting pilih yang seagama .. jangan hanya memandang kecantikan , kerana kecantikan akan hilang dimamah usia .. manusia selalu nya nak pilih yang sempurna je ..

jangan menganggap perkahwinan ibarat suatu perjudian kerana ia sunnah Nabi .. sentiasa bersangka baik dalam setiap perhubungan , jangan terlalu fikir negatif sebab Tuhan nak uji ..

Perkahwinan yang diredhai ialah :
  1. Perkahwinan yang mengikut sunnah Nabi
  2. Perkahwinan yang dipimpin oleh suami yang soleh dan isteri yang solehah
  3. Tidak terlibat dengan perkara syirik
  4. Banyak kan berdoa
  5. Mendapat keredhaan dari ibu bapa
kepada yang masih belum bertemu jodoh , doa dari sekarang .. jangan putus berdoa .. antara doa yg dikongsi :
  1. Surah al-Mukminun ayat 29
  2. Surah Toha ayat 131 & 132 (susah mendapat jodoh)
  3. Surah Anbiya ayat 89 (doa dapat jodoh dan anak)
bila dah dapat jodoh jangan tinggal terus berdoa .. doa la pulak jodoh tuh dipanjangkan .. hihik

itu jea la yang boleh saya kongsi .. maaf kalau saya terlebih lebih pulak tokok tambah .. hihi ampun maaf dipinta ^^

eh eh nak share video nih .. sesuai untuk entry saya kali nih :)




yang dicinta akan pergi,
yang didamba akan hilang..



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, October 8, 2011

yang dah berlalu biar kan je ~

assalamualaikumm ^^

masa itu emas .. time is golden .. alamak tak tau pulakk bahasa lain .. carik kat google translate okeh !

kadang kadang kita selalu menyesal dengan apa yg dah jadi .. mesti kita selalu mengharap kan kembali ke masa dulu .. tp mana mungkin .. past is past right ?

setiap yg berlaku pasti ada hikmah .. mungkin hikmah nye belum nampak lagii .. Tuhan tak kan uji kita tanpa sebab .. yg penting terima dan tabah kan hatii ..

jom layan video nih kejap ~



kesimpulan nyaa , bila kita dah dapat yg terbaikk , jangan kita buang .. nanti menyesal tak sudah .. yg terbaik tak kan selalu datang kat kita .. tp ada jugak yg selalu dapat yg terbaikk .. UNTUNGLAHH ~ haha

entry nih saja dibuat .. khas untuk mereka tuh .. hati aku nih sekeping jea tau .. kau tak boleh suruh aku buat apa yg aku tak nak buat .. aku ada hidup aku sendiri .. kau tak boleh atur hidup aku .. atau hidup dia .. clear ?
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, October 3, 2011

share sikittt ~

selamat petangg ~

dulu myspace .. sambil layan myspace buat tagged .. tagged ramai tak kenal .. pergi pulak blogging .. best ! hehe ramai tak layan myspace , buat facebook pulakk .. pun best .. haha sampai tak ingat nak study ! ramai ada twitter , punn nak buat .. haha
i'm new to twitter .. follow me :) just click

FOLLOW ME ON TWITTER :)

luv u !


p/s : facebook saya tak suka approve yg tak kenal .. menyemak kat friend list saya .. hehe nak friend ngan saya send me a message k .. tell me that u're blogger :)


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, October 1, 2011

there always have a choice .. right ?

assalamualaikum :)

setelah sekian lama tak menghupdate blog nih .. haiyaa manyak rindu dengan blog nih ..

ok back to the topic ! pilihan .. yaa ~ dalam hidup nih kita selalu diberikan pilihan .. walaupun kadang kadang kita tak perasann .. kita diberi pilihan dan kita kena pilih satu antara dua .. eh cop tak semestinya antara dua jea .. kadang kadang kita diberi banyakkk pilihan .. sampai tak tau nak pilih yg mana .. betul takkk ??

pilihan yg ada selalunya ada kaitan dgn masa depan kita .. eh ye ke ? kalau salah maap yee .. hehe paham tak apa yg aku cuba sampaikan ? takk ? ok aku bagi contoh :


situasi 1 :
si ibu : along , tak study ke ? SPM dah nak dekat kann ?
si anak : alaa malas la nak study .. buat pening je ..
si ibu : tak boleh la macam tuh .. percubaan SPM hari tuh memang la dah okeh .. tp tuh tak cukup .. mama nak along dapat keputusan lagi cemerlang dari tuh .. kejayaan tak kan datang kalau takde usaha !
si anak : along dah cuba da .. tapi bila buat latihan yg cikgu bagi terus tak dapat jawab .. masa cikgu mengajar je paham .. lepas tuh terus kosong ..
si ibu : usaha lagi ! along kata nak jadi doktor kann ? ada ke doktor kat hospital tuh result SPM dea teruk ? takde kan ? semua bermula dari SPM .. SPM nih menentukan masa depan along .. mama nak along tunjuk contoh yg baik untuk adik adik ..

dari situ laa terbentang luas pilihan .. pilihan pertama ,duduk senang lenang , layan Facebook ,blog , tak payah study dan mendapat result yang hampeh .. dan pilihan kedua , berusaha untuk berubah , study , kurang kan berhibur dan mendapat result yg terhebatt .. pilihan di tangan anda ~


situasi 2 : di dalam sebuah kedai
(bermonolog dalaman) 'cantik jugak cawan nih .. tapi macam senang pecah .. yg lagi satu nih pun nampak macam tahan lama .. cuma tak secantik yg tadi .. aku patut pilih yg mana nih ? yg cantik atau tahan lama ?'

bukan kah dah terang lagi bersuluh pilih yg tahan lama lagi bagus .. tapi kadang kadang kita tersilap pilih .. nak yg cantik saja .. nak yg elok pada luaran nyaa .. haihhh selalu terjadiii kan ?


situasi 3 :
minah : sekarang macam mana ? kau nak tolak pinangan si mamat tuh ?
joyah : aku tak tahu laa .. aku keliru nih minah .. kau tahu kan aku bercinta dengan si Justin Bieber tuh ?
minah : kau nih joyah .. aku tahu kau dengan dea .. tp dea pergi overseas dah 5 tahun kan ? sepi tanpa khabar berita .. kau yakin dea masih sayang kan kau ? entah entah dea dah jumpa aweks kulit putih kat sana !
joyah : kau jgn cakap macam tuh .. aku sedih nih ! tolong la aku ~
minah : pilihan di tangan kau .. kau kena bukak mata kau luas luas ! terima si mamat yg setia cinta kan kau dari sekolah sampai sekarang , ada kerja baikk , perangai pun baik , dan kau pun selamat dunia akhirat .. atau tunggu si Justin Bieber yg tak tau bila balik , ntah ntah dah lupa mak bapak kat sini !

yaaaa ~ ini yg selalu terjadi dalam dunia remaja .. pehh ayat ! dah sah sah Tuhan bg seseorang yg bole bahagia kan kita .. knp susah nak terima ? walaupun aku akui memang susa .. hee

situasi 4 :
boboy : jom merompak ?!
gegurl : merompak ? jom !
boboy : tapi merompak tuh dosa takk ? kena hukum gantung ke ?
gegurl : iye laa ! tak belaja ke masa kat sekolah agama dulu ?
boboy : ooohhhhhhh ~

nih memang bongok tahap yg melampau laa ~ dah tau merompak tuh aktiviti yg tak baik dan berdosa , lagii nak buatt .. haihhh apa mau jadii ?


cukup la 4 situasi .. dah takde idea .. haha so apa pendapat korang ? ada orang cakap peluang hanya datang sekali seumur hidupp .. betul ke ? iye mungkin betul .. tp kalau berusaha lagi mesti peluang akan datang lagiii ..

tak tau nak pilih ? keliru ? carik kawan yg korang percaya .. kongsi segalanya .. jgn salah pilih kawan .. teruk jadi nyee nanti ..

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, September 28, 2011

So sweet ~ (4)

Girlfriend : Why do you love me ?
Boyfriend : I have no reason .
Girlfriend : (not satisfied) No ! Give me a reason .
Boyfriend :Ohh okay . because you beautiful , caring , attractive .

Girl was satisfied with the answer .
Then one day she got sick and look terribly thin ,pale and weak .

Girlfriend : Do you still love me ?
Boyfriend : Now that you're not pretty and attractive, do I have a reason to love you ?

The girl cried and the boy hold her hand . He say ...

Boyfriend : Now you understand ? Love doesn't need reason . I love you and still love you no matter what happens .

Try to understand the feelings rather than finding the reason to be loved . :)


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, September 16, 2011

lelaki dan perempuan tak boleh jadi best friend .. kan ?




orang tua tua cakap




"lelaki dengan perempuan tak boleh berkawan rapat .. nanti salah seorang pasti akan tersangkut .. sama ada lelaki tuh syok kat perempuan tuh atau sebaliknya.."




jelas ? aku setuju .. korang setuju tak dgn statement nih ? tak ? kenapa ? meh aku nak kongsi sikit pendapat aku




bila kita berkawan dgn seseorang yg berlainan jantina ,lebih tepat lagi berkawan baik , mesti perasaan kita akan jadi lain .. lebih lebih lagi bila kita dah kenal lama , dah tau hati budi masing masing .. tak paham ? ok aku bg situasi ~




situasi 1 : (sesi meluah perasaan)


lelaki : kau tau kan aku suka kat dea .. bukan setakat suka .. aku cinta mati kat dea ! sanggup dea buat macam nih kat aku !


perempuan : da laa .. kau tak boleh terus macam nih .. life must go on dude !


lelaki : nak go on macam mane lagii .. aku rasa hidup aku da hancur !


perempuan : tak baik cakap macam tuh .. takkan sebab perempuan tuh sorang kau nak biar hidup kau hancur .. ramai lagi perempuan yg baik kat luar tuh .. bukak mata tuh .. sedar la weh !


lelaki : senang kau cakap kan .. aku kalau dah suka kat seseorang , aku serius tau .. aku tak main main macam laki lain .. aku akan selalu sayang dea .. aku tak kan khianati dea .. aku terima dea apa adanya ..


perempuan : (terkedu dan berfikir, alangkah indah kalau aku dapat memiliki dea .. sudah tentu aku tak kan kecewa dan aku akan pastikan dea tak bersedih macam nih)




haa nak cakap apa lagii .. kadang kadang kita tak sedar ape yg kita cakap tuh buat orang jatuh hati kat kita .. walaupun masa tuh kita tgh cakap dengan kawan .. lepas habis perbualan korang tuh , mesti korang nak sangat kenal dengan dea .. nak cuba amek hati dea .. mane tau kot kot dapat .. haha agak agak , persahabatan boleh diteruskan tak ?




situasi 2 : (bila tak ada sibuk tercari cari)


lelaki : jom teman aku pegi mall .. aku nak carik barang untuk presentation nanti ..


perempuan : bila ? aku onn jea !


......


lelaki : kau ada gunting dgn gam tak ? aku kena tolong adik aku nih ..


perempuan : aku kan doraemon .. mesti la ade .. nah , amek nih !


......


lelaki : weh weh .. aku nak pergi jumpe secret admire aku nih .. ok tak baju aku nih ?


perempuan : ok dah tuh .. cuma rambut kasi smart sikitt .. kau nih macam nak pergi jumpa mak mertua pulak !


.....


lelaki : eh mane dea nih .. dah dua minggu senyap jea .. aku call tak jawab .. mesej reply pun apa yg perlu jea .. hish !




saat nih baru korang sedar betapa perlunya dea dalam hidup korang .. dea la yg menemani korang ke mana mana korang nak .. dea yg bg bantuan bila kau susah .. dea yg bg pendapat waktu kau perlukan .. dea tempat kau berkongsi suka duka .. dan bila dea takde di sisi korang .. mesti korang tercari cari kann .. dan baru korang sedar sebenar nya korang sayang kan 'kawan' tuh ..




kadang kadang jugak , walaupun kita kawan ngan yg berlainan jantina ,berkumpulan .. pun kita akan tersangkut .. diam diam kita TERjatuh hati kat salah seorang kawan kita nih .. kan kan ? aku pun pernah alaminya laaa ~ hehehe




jadi , adakah kita patut berterus terang atau pendam kan jea ? berterus terang ada baiknya , tapi takut takut persahabatan yg dah lama tuh tibe tibe hilang sekelip mata .. pendam jea ? tak merana ke hati tuh ? renungkannnn ~




panjang kan ? aku pun dah penat menaip .. haha kenapa aku cite pasal nih , sebab aku ternampak dua orang rakan baik , lelaki dan perempuan .. aku terfikir , sampai bila berkawan ? and aku pun pernah merasa perkara nih ... haha korang pernah kann :)




p/s : sayangg , thx bg semangat kat baby .. baby tau baby tak patut terus berharap .. i realise now .. luv you ! (aku tak les laa .. cuma suke sayang sayang dgn sama spesis ^^)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, September 7, 2011

lepak dan lompat lompat ! haha

assalamualaikum ! selamat malam !

haa ape celopp raya korang ? ada baek kah toqqq ? haha ini kerana pengaruh cite Hantu Bonceng la nih .. aiyooo nih la budak zaman skng .. cepat sangat terpengaruh ! haha

ok ! sabtu lepas , raya ke 5 aku ngan member member pegi bandar , City Square .. makan makan , tgk movie , lepak lepak , lompat lompat .. ha lompat ? haa nak tau baca sampai habis ye anak anak .. ^^

haa kami lunch kat McD .. punye la beratur panjang .. maybe sebab waktu lunch .. time beratur tuh ada minah salleh .. tp mcm dr nigeria .. hehe aku dengar dea ckp 'i want this burger , but i don't want the sauce .. yaa chilli sauce .. and i want blah blah blah' .. pehh ingat tuh kedai mamak ke nak order mcm tuh .. haiyaa !

lepas lunch terus naik masuk panggung .. ramai gila manusia ! cite Hantu Bonceng sampai bukak 3 panggung .. mantap toqqqq ! memang berdekak giler tgk cite tuh .. haha terbaekkk !

lepas tgk movie teman c Teh O' Aiss carik present tok susu dea tuh .. aku surrender dulu laa .. tak mampu nak tolong .. maklum la tak de pengalaman sangat bab bab beli hadiah nih .. haha nasib ade c erul tuh kannn .. hehe

da lepas carik barang takde benda nak buat pegi la kat bumbung .. ha bumbung ? aku pun tak tau nama tempat nye .. so aku nama kan Bumbung .. haha

jom skodeng gamba !



azie ahmad jangan mara saya bergamab macam tuh ngan deq aiey tau .. hehe

kenapa la aku pendek sangat ^^







macam anak Johor sejati tak ? hehe



ok budak kecik tuh anak sedara c Aida Jalil .. yg bertudung biru tuh ..


aku suke gamba gamba bawah nih .. budak kecik tuh layan jea ape kami suruh buat .. hehe

















yesss .. lompat time ! haha giler kott ..



ahh banyak sebenarnye gamba lompat .. haha dah penat lompat terus terduduk kat bawah .. dah kehausan .. masing masing dah basah ngan peluh tuh .. haha maap budak kecik tuh , Farah Auni agak seksi .. haha budak budak takpe kannn ~





seronok gila bersama korang .. hehe nanti hang out lagii k .. nih pun geng tak semua kann .. lain kali nak ramai ramai .. baruu syokk toqqq ! haha thanks to you guys for cheering my day ! <




That's me ^^


eh Ziela Matts and Teh O' Aiss pun ada update blog pasal nih ..


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment