The Sound of My Heart The Sound of My Heart: Dia Untukku (Semanis Kurma) ^^

Sunday, October 9, 2011

Dia Untukku (Semanis Kurma) ^^

assalamualaikum :)

hari khamis lepas 6 okt 2011 , saya tengok rancangan kat tv9(dekat di hati) .. rancangan Manisnyaa Kurma Ini ~ eh eh tak tak .. haiya macam mana boleh salah nih .. hihik rancangan Semanis Kurma laa .. pengacara nya Ustazah Siti Nor Bahyah dan suami nya..

artis jemputan memang saya suka ! Imam Muda Asyraf dan isterinya Nurhusna .. saya minat dengan Asyraf sebab dia punya senyuman , comel pulak tuh .. haihh tak boleh puji lebih lebih , laki orang tuh ~

tajuk kali nih memang menarik .. Dia Untukku .. sesuai untuk sesiapa yang masih belum bertemu jodoh , masih mencari .. saya nak kongsi sikit la apa yang saya dapat dari program tuh :)

Faktor wanita/lelaki dikahwini :
  1. Hartanya.
  2. Keturunannya
  3. Kecantikannya
  4. Agamanya
yang paling penting pilih yang seagama .. jangan hanya memandang kecantikan , kerana kecantikan akan hilang dimamah usia .. manusia selalu nya nak pilih yang sempurna je ..

jangan menganggap perkahwinan ibarat suatu perjudian kerana ia sunnah Nabi .. sentiasa bersangka baik dalam setiap perhubungan , jangan terlalu fikir negatif sebab Tuhan nak uji ..

Perkahwinan yang diredhai ialah :
  1. Perkahwinan yang mengikut sunnah Nabi
  2. Perkahwinan yang dipimpin oleh suami yang soleh dan isteri yang solehah
  3. Tidak terlibat dengan perkara syirik
  4. Banyak kan berdoa
  5. Mendapat keredhaan dari ibu bapa
kepada yang masih belum bertemu jodoh , doa dari sekarang .. jangan putus berdoa .. antara doa yg dikongsi :
  1. Surah al-Mukminun ayat 29
  2. Surah Toha ayat 131 & 132 (susah mendapat jodoh)
  3. Surah Anbiya ayat 89 (doa dapat jodoh dan anak)
bila dah dapat jodoh jangan tinggal terus berdoa .. doa la pulak jodoh tuh dipanjangkan .. hihik

itu jea la yang boleh saya kongsi .. maaf kalau saya terlebih lebih pulak tokok tambah .. hihi ampun maaf dipinta ^^

eh eh nak share video nih .. sesuai untuk entry saya kali nih :)




yang dicinta akan pergi,
yang didamba akan hilang..



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

2 comments :

Marniey said...

wah~ sggh menarik!

man said...

semua tak terlepas ujian Allah