The Sound of My Heart The Sound of My Heart: August 2013

Tuesday, August 20, 2013

Give and take

hello :)

kita hidup nih kadang kadang lebih meminta dari memberi. lebih banyak berharap menerima dari orang lain. kenapa ?

kita mengharapkan ada orang akan menolong kita waktu susah, tapi kita sendiri tak pernah menolong orang yang dalam kesusahan.

kita mengharapkan ada orang akan memahami diri kita, faham kerja kita, faham segala-gala tentang diri kita. tapi kita tak pernah cuba untuk faham diri orang lain. adilkah ?

kita nak orang berkorban untuk diri kita, tapi kita tak pernah berkorban untuk orang lain.

kita nak orang lain dengar masalah kita, tapi kita tak pernah luangkan masa untuk dengar masalah orang lain.


sebenarnya semua benda nih simple je. diri kita sendiri yang merumitkan keadaan. bila kita tak dapat apa yang kita nak, mula lah tak keruan, marah sana sini.

kenapa perlu marah ? bagus ke marah tak bertempat ? tak elok lepaskan marah dekat orang lain. bersabar lagi baik

faham istilah 'give and take'. bukan kah tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima ?



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, August 9, 2013

Teruskan perjuangan

assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Aidilfitri :)

semua bergembira bila dah raya. kan kan kan ? hihi dapat makan ketupat, lemang, rendang, lontong, kuih raya. wahhh thats what we called "Raya" !

TAPI !

tak semua orang bergembira. ada yang menyambut raya ala kadar saja. so kita yg cukup segalanya kena lah bersyukur dan terima apa yang ada. dari tak ada langsung kan.

TAPI ! (lagi sekali)

sebenarnya aku tak nak cerita pasal tuh. aku nak cakap pasal kawan kawan sebaya aku yang dah sambung belajar. dengar cerita mereka ada exam naik cuti raya nanti. so dorang tak boleh beraya tanpa membaca buku. tak kira yg dekat matriks ataupun kat universiti.

so aku sebenarnya eksaited gilo lah nak ajak beraya kan kan. tapi tak terluah pulaaa. kang dari sorang tacing, semua tacing dengan aku. muehehehe

yang terselamat cuma aku yang bekerja dan dorang yang masuk form 6 je. dorang dah exam sebelum raya. so dapat lah beronok ronok nak tengok wayang ceghito hantu :D

actually aku yang tak stress dengan belajar nih pun takde lah sambut raya gila gila. sama je tiap tiap tahun.

so guys ~ walaupun korang semua tak dapat beraya lama lama, dapat balik jumpa family pun dah cukup baik kan. bukan nya korang tak balik terus. sekurang kurang nya dapat pakai baju raya cantek cantek. dapat bersalaman minta maaf kat family.

AND ! hidup sebagai student memang lah kena banyak berkorban. berkorban masa, berkorban duit. untuk apa ? untuk masa depan jugak. susah kan hidup kat negeri orang ? susahkan kena struggle gila gila ? susahkan bila tak ada teman yang memahami di sisi ? that's life. life full with adventures.

memang aku tak sambung belajar, (I meant BELUM sambung belajar lagi) tapi aku pun pernah bergelar student jugak. so aku tahu lah life student macam mana. haha



Just think positive and keep your head up. Tuhan tahu apa yang kita buat dan pasti akan ada ganjarannya.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment