Friends
dari tadika sampai lah ke universiti , ada ke yang takde kawan langsung ?even kita belum bersekolah , mesti kita akan dapat kawan , tak kira kawan tuh saudara mara ataupun jiran sebelah . nak berkawan sangat senang . tegur dengan perkataan 'hai' pun dah memadai .
tapi nak jaga kawan tuh susah . bukan jaga makan pakai dorang . jaga hati dan perasaan supaya kawan kita tuh kekal dengan kita sampai akhir hayat . BFF (best friends forever) kan ? yang penting kena tau hargai benda 'free' dalam hidup kita . kalau rasa kawan tuh tak sempurna , kita lagi serba kekurangan .
Family
sebuah keluarga terdiri daripada ibu, ayah dan anak . tapi ada juga yg ada keluarga besar . ada nenek, atuk ,makcik pakcik , anak saudara , sepupu sepapat dan lain lain . itu bergantung pada nasib masing masing lahh. ada yg datang dari keluarga kecil .
family juga antara benda 'free' dalam dunia yg dikurniakan Tuhan . tapi ada juga yg tak reti nak hargai . ada yg siap buang buang family sendiri . apa kes ? dah dapat free , dapat yang terbaik pun tak nak jaga baik baik . bila Tuhan ambil balik , baru nak rasa menyesal .
Smiles
senyum tak guna apa apa pun . cuma kena lebarkan jea mulut kita tuhh . cuba try sebut 'cheeseeeee' haa kan comel bila senyum . lagi lagi bila senyum sampai nampak gigi . itu sangat comel ! dan lagi comel bila seseorang tuh ada lesung pipit atau nama omputih 'dimples' . bila senyum nampak comel dan gorgeous ! (awak jangan perasan , saya cakap pasal orang lain :p)
ok dulu pernah buat entry pasal senyum nih . meh jenguk 'nilai sebuah senyuman'
Laughter
hahhahahahahahHAHHAHAHAHAhahaha :D kenapa nak malu untuk ketawa . ada sesetengah orang , suka tengok bila ada orang lain ketawa . sebab nanti dea akan ikut sama ketawa walaupun dea tak tw pape (aku letteww) :D ketawa pun macam senyum jugak . tak guna tenaga pun .
Sleep
kalau tidur pun malas , tak tau lah nak cakap apaa . sah sah tidur tuh dapat rehatkan badan . ada keh orang yang tak suka tido ? lainlah kalau ada Insomnia kan . kan seghonok tidur . lagi seghonok kalau tidur dapat mimpi yang best . mesti rasa tak mau bangun dah .
Love
setiap orang ada hak untuk dapat kasih sayang . tak kira lah dari sesapa pun . cintai orang yang mencintai diri kita . bukan kejar orang yg kita sayang . itu perbuatan yang sia sia . belajar dari kesilapan yaa >.<
bila dah ada orang yang sudi sayang kita , jaga kita , prihatin kat diri kita , hargai lahh . bukan selalu ada orang yg sudi amek berat pasal diri kita . itu pun selalu jadi isu kannnn ~
Good Memories
kenangan yang terindah tak selalu datang dalam hidup kita . tapi bila ia hadir , ia akan menjadi suatu kenangan yang sukar untuk dilupakan . kenangan tak kan hilang dalam sekelip mata . lebih lebih lagi bila kenangan tuh amat bermakna dalam diri kita .
jangan biar diri kita hidup dalam kenangan silam . kadang kala kita perlu keluar dari kenangan lampau dan teruskan kehidupan di dunia nyata . jadikan kenangan lalu sebagai panduan untuk mencipta kenangan yang baru .
lastly , 'benda percuma' dalam hidup kita tak kan kekal percuma selamanya . kadang kala benda percuma tuh kita perlu jaga dengan sebaik mungkin . berkemungkinan kita tak kan miliki lagi benda percuma tuh :)
1 comments :
:)
Post a Comment