The Sound of My Heart The Sound of My Heart: Jangan terbang tinggi sangat, nanti jatuh sakit

Saturday, April 14, 2012

Jangan terbang tinggi sangat, nanti jatuh sakit

 selamat petang :)


dalam hidup kita kena ada matlamat sendiri . kalau takde matlamat susah nak tentukan 'aim' dalam diri . matlamat hidup ada macam macam . kita cuma kena pastikan matlamat atau cita cita kita tuh tak terlalu melampau . nanti susah pulak nak capai . buat apa yang terdaya :)


siapa tak nak dapat result yang gempak ? semua nakk . itu pun satu matlamat jugak . untuk dapat keputusan yang cemerlang . tak kira lah PMR ke SPM ke . (saya nak SPM tahun nih hihih) kalau nak dapat result yang gempak , kena lah berusaha . tapi kena ada limit .


jangan terlalu berharap yang kita akan dapat result yang gempak . kadang kadang Tuhan nak uji kita . walaupun kita study bagai nak gila , kalau dah Tuhan nak bagi result yang biasa biasa , apa kita boleh buat kann . kalau berharap terlalu tinggi , lagi frust kan . jadi , jangan letak harapan yang terlalu tinggi . biasa biasa sudaahhhh ~


setiap kejayaan yang dicapai tak semestinya akan bertahan . kalau kita johan dalam bersyair , tak semestinya kita akan selama lama nya jadi johan . kalau kita johan dalam acara merentas desa , kita takkan kekal di hadapan . kalau kita johan dalam pertandingan kawad kaki , tak semestinya kita dapat mempertahankan kejuaraan . banyak lagi lah contoh yang ada :)


jadi jangan fikir kita akan sentiasa di atas , bila bila masa kita akan jatuh . dan bila jatuh tuh , oucchhh ! sakitt !


kadang kadang kita terlalu berharap dalam percintaan kan . mengharapkan cinta kita dibalas . mengharapkan cinta kita kekal . tapi boleh kekal ke ? jangan letak harapan terlalu tinggi . takut harapan tuh tak kesampaian . 


kalau susah sangat , takpayah lah 'terbang' tinggi sangat . kalau nak senang , tak payah 'terbang' . 'kayuh basikal' slow slow . kalau jatuh , takde lah sakit sangat macam sakit bila jatuh dari tempat tinggi :)



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

1 comments :

Rapunzeel Cikilolo said...

impian terbang kena tinggi. sebab kalau dah terbang tinggi susah nak jatuh sebab halaju angin dan cukup stabil nak buat kite tak jatuh...