The Sound of My Heart The Sound of My Heart: Sikap Buruk Manusia yang Dicela ALLAH SWT

Saturday, March 24, 2012

Sikap Buruk Manusia yang Dicela ALLAH SWT

  • Gelojoh ketika makan

dalam erti kata lain , seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan . sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan sehingga akhirnya membawa kepada pembaziran.

makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang :>

  • Banyak bercakap

ALLAH mencela manusia yang suka bercakap perkara sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan serta perbalahan sesama manusia

jadi , diam lebih baik dari berkata-kata :)

  • Suka marah

kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun , mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

  • Hasad dengki

seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki . Rasulullah bersabda : "dengki itu memakan segala kebaikan" (riwayat Muslim)

PHD - perasaan hasad dengki

  • Kedekut

rezeki yang ALLAH kurniakan lebih suka disimpan sehingga bertimbun banyak nya . sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari daripada membelanjakan sebahagian dari harta nya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan ke jalan ALLAH dan membantu orang yang memerlukan.

  • Bermegah-megah

ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan

  • Cintakan dunia

terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan akhirat. Rasulullah bersabda : "bekerjalah kamu di dunia seolah olah kamu akan hidup seribu tahun dan beramallah kamu untuk akhirat seolah olah kamu akan mati esok hari" (riwayat Bukhari dan Muslim)

  • Ego atau sombong

sifat yang membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya ALLAH saja yang bersifat Maha Besar

  • Suka bangga diri

perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan ALLAH . rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana diselaputi perasaan ego

  • Gemarkan pujian atau riak

manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan . sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila bila. ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama itu tidak diiringi kejujuran dan keikhlasan

tak nak lah suruh orang puji aku comel lagi . hihik :D


sumber : Akhbar Berita Harian (24 mac 2012)


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment