The Sound of My Heart The Sound of My Heart: F.R.I.E.N.D

Monday, June 25, 2012

F.R.I.E.N.D


F -Few
R - Relationship
I - In
E - Earth
N - Never
D - Dies

hai sahabatttt ~

pergi sekolah jumpa kawan . pergi kedai jumpa kawan . pergi pasar malam jumpa kawan . pergi tengok wayang jumpa kawan . kawan ada di mana mana . kadang kadang dalam mimpi pun kawan kita boleh muncul .

tapi kawan nih ada macam macam jenis . ada yang baik . ada yang jahat . ada yang cuma wujud bila perlukan pertolongan . ada yang suka bermuka-muka . ada yang tak pandai jaga hati . ada yang memang sentiada memberikan sokongan dan pertolongan . ada juga yang tikam dari belakang . ouchh !

contohi lah Spongebob Squarepants !


Spongebob tak kisah kawan dengan Patrick yang bangang
walaupun semua tahu Patrick tuh memang tergolong dalam kumpulan 'dummies' tapi , Spongebob tetap jadikan Patrick tuh kawan baik . Patrick tuh bukan nya tahu nama penuh Spongebob . dia tak pernah tahu pasal diri Spongebob padahal Spongebob tahu semua pasal Patrick . tapi Spongebob tak pernah kisah . sebab bila kita berkawan , jangan terlalu memandang kelemahan seseorang . hargai mereka melalui kelebihan mereka .

walaupun Squidward tak suka Spongebob ,ada dia kisah ? :D
hari hari Squidward kena tahan dengan perangai Spongebob . mereka dah lah berjiran . satu tempat kerja pulak tuh . sampai kan Squidward berapa kali naik bas nak pergi 'Far Far Away' . tapi datang balik jugak . haha setiap pagi Spongebob akan tegur Squidward . Spongebob ambil kan surat khabar . teman Squidward pergi kerja . bila Squidward dalam kesusahan , yang datang membantu mesti Spongebob . tak tahu lah kenapa Squidward menyampah betul dengan Spongebob . moga moga Squidward sedar . haha

Spongebob menghormati ketuanya , Mr. Crab
money money money money money money money money ~ mata duitan ! kedekut ! itu lah sikap bos Spongebob , Mr. Crab pemilik Krusty Krab . Spongebob sampai pernah kena jual dekat Flying Dutcman semata mata sebab duit . tapi Spongebob sentiasa menghormati boss nya walau apa yg Mr. Crab dah buat .

Spongebob tak memilih kawan
kenal Sandy Cheek ? Sandy tuh tupai , haiwan atas tanah . bukan haiwan laut . sebab tuh dia pakai macam baju angkasawan . haha Sandy dengan Spongebob kawan . tapi tak pernah pun timbul isu perkauman atau perbezaan hidup masing masing . bahagia je hidup mereka . kan bagus macam tuh . berkawan biar ikhlas .

bila berkawan biar lah ikhlas . jangan pandang harta . jangan pandang rupa . jangan ambil kesempatan atas kelebihan kawan . kawan kerana hati yang ikhlas . Insya ALLAH hubungan itu akan diredhai dan berkekalan hingga akhir hayat . AMIN



ILOVEYOU KAWAN
(sorry tak mampu nak upload banyak banyak)



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

1 comments :

Nadiaafarhanaa said...

kawan adalah yang tbaik sebagai peneman :)