The Sound of My Heart The Sound of My Heart

Saturday, March 29, 2014

the difference

assalamualaikum
hello :)

dah lama jugak tak update. nak kata takde idea tak jugakk. macam macam idea keluar. cuma kemalasan yg tak dapat dibendung. haha

okay sekarang nak cerita pasal apa ? hmm dalam diri aku nih ada satu habit, habit yg pelik sikit kot. aku selalu membezakan benda. tak kisah lah binatang ke, kerja ke, status ke. blehblehblehh ~

aku cuma nak cerita dua benda je.

aku tak sambung belajar. not yet. belum masanya. err whatever ! dan semua kawan kawan aku dah pegi belajar dah. semua. yang masuk tingkatan 6 pun dikira sambung belajar kan. k semua. ada yg akan habis belajar bulan 4 nanti. then mereka akan masuk U pulakk.

dan aku lepas spm aku terus kerja. dah setahun dah aku kerja. dah macam macam dah aku buat. and yeahh itu lah kisah aku. muehehehhe

mereka pelajar. aku pekerja.

see the different ? aku tak kesah pasal title pekerja. yang melemahkan jiwa aku bila aku dianggap seperti 'tak layak' dengan mereka yg belajar. aku rasa orang yg sambung belajar ni memang dipandang tinggi. kan ? lagi lagi bila subjek yg diambil tuh, fuhh meletop nyahhh ~!

"mana ada ! kau ni jangan pikir bukan bukan lahh"

okayy "maybe" aku yg pikir bukan bukan. tapi aku, yang berada kat kedudukan 'pekerja' tuh tetap akan rasa rendah. (yaa aku mmg rendah pun) mungkin korang tak rasa. bila jumpa masing masing akan cerita pasal life as a student. meet new friends. dengan assignment, clubs' activities ~ dan aku ? tak kan aku nak cerita pasal kerja aku pulakk. hahahahaha aku memang nak cerita pasal kerja aku. tapi tak apa lahhh ~ hihi

dan benda ni jugak mengganggu hubungan aku dan si dia. mula nya masing masing sama sama bekerja walaupun tak sama tempat. dia sibuk dengan kerja, aku pun sama. tapi status kami tetap sama- pekerja. lepas tu dia pula sambung belajar. tak jauh pun. bukan duduk asrama pun. tapi tetap ada 'different'

mungkin aku yang tak paham life as a student macam mana. betapa susah nya dengan assignment, kena struggle, group activity lagi. aku cuba nak paham. mungkin cuba aku tuh tak cukup. atau pun aku dah tak layak utk dia ? yalahh mana kan layak pipit nak terbang dengan enggang. haha

mungkin sebab aku macam tak ada masa depan. mungkin aku tidak setaraf. mungkin aku tak akan dapat paham dia, mungkin dia perlu seseorang yg lebih memahami, yang bole dengar katanya, yang bole sayang dia sepenuh hati. MUNGKIN 

dear you and friends, walau apa pun aku harap jangan lah lupa aku. mungkin aku belum mampu untuk setaraf dengan korang. im trying dear. and I hope all of you will success in everything that you do. insha ALLAH :)


yang kedua aku nak cerita. the boss and the coolie 

nih memang dah sah lah nampak different dia tuhh. BIG DIFFERENT. tak payah cerita lah kan sapa bos sapa kuli. sah sah lah aku kuli nyaa ~ haha

yaa semua tak sempurna. mana ada manusia kat dunia ni yang sempurna. semua pernah buat salah. akan sentiasa buat salahh. kalau tak buat salah macam mana kita nak belajar kan.

seorang ketua dipilih jadi ketua mungkin kerana pengalaman, kepandaian, kecekapan, and so on ~ ketua juga perlu membimbing anak buah nya. bukan nya bersikap 'bossy'. tapi ada orang akan cakap "biar lah bossy sikit, nanti anak buah tak pijak kepala". hmm okayy. kenapa sampai macam tuh ? think positive. kalau tak bossy pun, takde nya sampai semua orang akan pijak kepala.

cuma dalam hal ni, aku cuma nak cakap, dalam kes aku sendiri, bila aku buat salah sekali semestinya aku akan dihentam sampai aku hilang semangat. sedangkan segala yg aku dah buat, yang aku ada rasa tak puas hati sebelumnya, aku tetap pikirkan dia sebagai bos aku. aku tetap terpikir tentang kepentingan dia. aku bukan nak berlagak baik. mintak dijauhkan sifat tu. aku pikirkan tentang dia dengan harapan dia pun akan pikirkan tentang aku. tapi aku silap. terima kasih kerana menyedarkan aku :)


 tak ada yang senang dalam hidup ni. kena ada usaha, doa dan tawakkal. kalau tak macam mana nak berjaya. cuma kena pikir baik dan buruk. mana yang mendatangkan kebaikan, mana yang akan memburukkan lagi keadaan.

terima kasih :)


*p/s
sekelip mata je manusia akan berubah
jangan terkejut
mungkin kita pun sama 
sedangkan pantai pun berubah
inikan hati manusia



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, August 20, 2013

Give and take

hello :)

kita hidup nih kadang kadang lebih meminta dari memberi. lebih banyak berharap menerima dari orang lain. kenapa ?

kita mengharapkan ada orang akan menolong kita waktu susah, tapi kita sendiri tak pernah menolong orang yang dalam kesusahan.

kita mengharapkan ada orang akan memahami diri kita, faham kerja kita, faham segala-gala tentang diri kita. tapi kita tak pernah cuba untuk faham diri orang lain. adilkah ?

kita nak orang berkorban untuk diri kita, tapi kita tak pernah berkorban untuk orang lain.

kita nak orang lain dengar masalah kita, tapi kita tak pernah luangkan masa untuk dengar masalah orang lain.


sebenarnya semua benda nih simple je. diri kita sendiri yang merumitkan keadaan. bila kita tak dapat apa yang kita nak, mula lah tak keruan, marah sana sini.

kenapa perlu marah ? bagus ke marah tak bertempat ? tak elok lepaskan marah dekat orang lain. bersabar lagi baik

faham istilah 'give and take'. bukan kah tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima ?



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, August 9, 2013

Teruskan perjuangan

assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Aidilfitri :)

semua bergembira bila dah raya. kan kan kan ? hihi dapat makan ketupat, lemang, rendang, lontong, kuih raya. wahhh thats what we called "Raya" !

TAPI !

tak semua orang bergembira. ada yang menyambut raya ala kadar saja. so kita yg cukup segalanya kena lah bersyukur dan terima apa yang ada. dari tak ada langsung kan.

TAPI ! (lagi sekali)

sebenarnya aku tak nak cerita pasal tuh. aku nak cakap pasal kawan kawan sebaya aku yang dah sambung belajar. dengar cerita mereka ada exam naik cuti raya nanti. so dorang tak boleh beraya tanpa membaca buku. tak kira yg dekat matriks ataupun kat universiti.

so aku sebenarnya eksaited gilo lah nak ajak beraya kan kan. tapi tak terluah pulaaa. kang dari sorang tacing, semua tacing dengan aku. muehehehe

yang terselamat cuma aku yang bekerja dan dorang yang masuk form 6 je. dorang dah exam sebelum raya. so dapat lah beronok ronok nak tengok wayang ceghito hantu :D

actually aku yang tak stress dengan belajar nih pun takde lah sambut raya gila gila. sama je tiap tiap tahun.

so guys ~ walaupun korang semua tak dapat beraya lama lama, dapat balik jumpa family pun dah cukup baik kan. bukan nya korang tak balik terus. sekurang kurang nya dapat pakai baju raya cantek cantek. dapat bersalaman minta maaf kat family.

AND ! hidup sebagai student memang lah kena banyak berkorban. berkorban masa, berkorban duit. untuk apa ? untuk masa depan jugak. susah kan hidup kat negeri orang ? susahkan kena struggle gila gila ? susahkan bila tak ada teman yang memahami di sisi ? that's life. life full with adventures.

memang aku tak sambung belajar, (I meant BELUM sambung belajar lagi) tapi aku pun pernah bergelar student jugak. so aku tahu lah life student macam mana. haha



Just think positive and keep your head up. Tuhan tahu apa yang kita buat dan pasti akan ada ganjarannya.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, July 22, 2013

Thousand kind of human

hello :)

sikap manusia nih lain lain. tak semua orang jahat dan tak semua orang baik. bergantung pada cara kita layan orang tuh. kalau kita baik, mungkin dia juga akan layan kita dengan baik.

masa kita kecik kecik dulu semua orang akan buat baik dengan kita. sebab apa ? hati budak budak kan sensitif. kalau kena buli sikit je mesti terus meraung. tak dapat apa yang diminta mesti hentak hentak kaki. kena pukul sikit je merajuk duduk bawah meja.

bila kita dah besar tak ada nya orang nak pujuk kita macam dulu. meraung lah kuat mana, merajuk lari ke kutub utara pun belum tentu ada yang kejar.

bila kita dah boleh berfikir dengan matang, baru kita nampak warna sebenar seseorang tuh. tak semestinya orang yang kita kenal dari tadika tuh kita tahu segalanya tentang dia. setiap orang akan berubah mengikut masa, keadaan sekeliling dan cuaca. eh ?

ada orang yang pendiam, tetapi murah dengan senyuman.

ada orang yang panas baran.

ada orang yang egonya tinggi dan sombong.

ada orang yang tak kisah dengan dunia luar.

ada orang yang suka menabur janji tapi tak tunaikan.

ada orang yang sangat peramah.

ada orang yang walaupun diri dia ada masalah, tapi tetap senyum.

ada orang yang suka menangis depan orang sambil meminta simpati.

ada orang suka ketawa kuat kuat untuk tutup kesedihan dia.

ada orang yang ketagih tengok Running Man. eh ?

blehblehblehblehhh ~ ~ ~

for me, semua tuh terpulang kat diri sendiri. sebab kita kan dah diberi akal dan fikiran. boleh fikir mana yang baik dan mana yang buruk. cuba lah berubah untuk jadi lebih baik. tak salah kan jadi baik ?

tak semestinya bila ada orang dah buat jahat dengan kita, kita pun balas jahat jugakk. hish tak elok tuh !

sebelum buat apa apa, baik fikir dulu. sebelum bercakap, fikir dulu. sebelum makan, fikir dulu. sebelum mandi, fikir dulu. sebelum berjanji, fikir dulu. sebelum bercinta, fikir dulu.

okay ? babai !
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, July 10, 2013

Wordless Wednesday




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment