The Sound of My Heart The Sound of My Heart: 2013

Tuesday, August 20, 2013

Give and take

hello :)

kita hidup nih kadang kadang lebih meminta dari memberi. lebih banyak berharap menerima dari orang lain. kenapa ?

kita mengharapkan ada orang akan menolong kita waktu susah, tapi kita sendiri tak pernah menolong orang yang dalam kesusahan.

kita mengharapkan ada orang akan memahami diri kita, faham kerja kita, faham segala-gala tentang diri kita. tapi kita tak pernah cuba untuk faham diri orang lain. adilkah ?

kita nak orang berkorban untuk diri kita, tapi kita tak pernah berkorban untuk orang lain.

kita nak orang lain dengar masalah kita, tapi kita tak pernah luangkan masa untuk dengar masalah orang lain.


sebenarnya semua benda nih simple je. diri kita sendiri yang merumitkan keadaan. bila kita tak dapat apa yang kita nak, mula lah tak keruan, marah sana sini.

kenapa perlu marah ? bagus ke marah tak bertempat ? tak elok lepaskan marah dekat orang lain. bersabar lagi baik

faham istilah 'give and take'. bukan kah tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima ?



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, August 9, 2013

Teruskan perjuangan

assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Aidilfitri :)

semua bergembira bila dah raya. kan kan kan ? hihi dapat makan ketupat, lemang, rendang, lontong, kuih raya. wahhh thats what we called "Raya" !

TAPI !

tak semua orang bergembira. ada yang menyambut raya ala kadar saja. so kita yg cukup segalanya kena lah bersyukur dan terima apa yang ada. dari tak ada langsung kan.

TAPI ! (lagi sekali)

sebenarnya aku tak nak cerita pasal tuh. aku nak cakap pasal kawan kawan sebaya aku yang dah sambung belajar. dengar cerita mereka ada exam naik cuti raya nanti. so dorang tak boleh beraya tanpa membaca buku. tak kira yg dekat matriks ataupun kat universiti.

so aku sebenarnya eksaited gilo lah nak ajak beraya kan kan. tapi tak terluah pulaaa. kang dari sorang tacing, semua tacing dengan aku. muehehehe

yang terselamat cuma aku yang bekerja dan dorang yang masuk form 6 je. dorang dah exam sebelum raya. so dapat lah beronok ronok nak tengok wayang ceghito hantu :D

actually aku yang tak stress dengan belajar nih pun takde lah sambut raya gila gila. sama je tiap tiap tahun.

so guys ~ walaupun korang semua tak dapat beraya lama lama, dapat balik jumpa family pun dah cukup baik kan. bukan nya korang tak balik terus. sekurang kurang nya dapat pakai baju raya cantek cantek. dapat bersalaman minta maaf kat family.

AND ! hidup sebagai student memang lah kena banyak berkorban. berkorban masa, berkorban duit. untuk apa ? untuk masa depan jugak. susah kan hidup kat negeri orang ? susahkan kena struggle gila gila ? susahkan bila tak ada teman yang memahami di sisi ? that's life. life full with adventures.

memang aku tak sambung belajar, (I meant BELUM sambung belajar lagi) tapi aku pun pernah bergelar student jugak. so aku tahu lah life student macam mana. haha



Just think positive and keep your head up. Tuhan tahu apa yang kita buat dan pasti akan ada ganjarannya.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, July 22, 2013

Thousand kind of human

hello :)

sikap manusia nih lain lain. tak semua orang jahat dan tak semua orang baik. bergantung pada cara kita layan orang tuh. kalau kita baik, mungkin dia juga akan layan kita dengan baik.

masa kita kecik kecik dulu semua orang akan buat baik dengan kita. sebab apa ? hati budak budak kan sensitif. kalau kena buli sikit je mesti terus meraung. tak dapat apa yang diminta mesti hentak hentak kaki. kena pukul sikit je merajuk duduk bawah meja.

bila kita dah besar tak ada nya orang nak pujuk kita macam dulu. meraung lah kuat mana, merajuk lari ke kutub utara pun belum tentu ada yang kejar.

bila kita dah boleh berfikir dengan matang, baru kita nampak warna sebenar seseorang tuh. tak semestinya orang yang kita kenal dari tadika tuh kita tahu segalanya tentang dia. setiap orang akan berubah mengikut masa, keadaan sekeliling dan cuaca. eh ?

ada orang yang pendiam, tetapi murah dengan senyuman.

ada orang yang panas baran.

ada orang yang egonya tinggi dan sombong.

ada orang yang tak kisah dengan dunia luar.

ada orang yang suka menabur janji tapi tak tunaikan.

ada orang yang sangat peramah.

ada orang yang walaupun diri dia ada masalah, tapi tetap senyum.

ada orang yang suka menangis depan orang sambil meminta simpati.

ada orang suka ketawa kuat kuat untuk tutup kesedihan dia.

ada orang yang ketagih tengok Running Man. eh ?

blehblehblehblehhh ~ ~ ~

for me, semua tuh terpulang kat diri sendiri. sebab kita kan dah diberi akal dan fikiran. boleh fikir mana yang baik dan mana yang buruk. cuba lah berubah untuk jadi lebih baik. tak salah kan jadi baik ?

tak semestinya bila ada orang dah buat jahat dengan kita, kita pun balas jahat jugakk. hish tak elok tuh !

sebelum buat apa apa, baik fikir dulu. sebelum bercakap, fikir dulu. sebelum makan, fikir dulu. sebelum mandi, fikir dulu. sebelum berjanji, fikir dulu. sebelum bercinta, fikir dulu.

okay ? babai !
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, July 10, 2013

Wordless Wednesday




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, June 26, 2013

mudahnya berjanji

hello :)

"Promises are like snowballs. It's easy to make them, but it's too difficult to keep them"

senangkan nak berjanji. tapi nak tepati tuh macam susah je.

siapa yang selalu berjanji ? kawan kawan ? keluarga ? kekasih ? jiran sebelah ?

sekarang nih aku bekerja kat Bridal. butik pengantin of course lah kasi service untuk pengantin kan. dan kadang kadang kami pun berjanji. macam macam jenis janji yang kita dah pernah cakap.

"awak nak baju pengantin kembang ala cindarella ? kami boleh buat"
"nak pelamin ada unta ?nanti kita pergi beli kat arab untuk awak"
"nak letak ABC kat meja makan damai ?boleh boleh tak ada masalahhh"

*okay dialog atas tuh bohong semata mata*

sebenarnya kita kat bridal tuh takde pun mengeluarkan segala kata kata manis macam tuh. apa pengantin nak, tak semua kita boleh buat. kadang kadang benda yang pengantin nak tuh semua tak masuk akal. selagi mampu kita akan cuba.

tapi pada pandangan aku certain pengantin nih bila nak kawen je jadi ngada ngada. nak itu lah nak ini lahh. time tak nak kawen takde pulak mintak bukan bukan. haha


"saya sayang awak sangat sangat. saya janji saya akan setia. saya tak akan lukakan hati awak.hanya awak dalam hati saya"
"awak cinta terakhir saya"

senangkan nak cakap. guna air liur je. cuba guna otak yang kita ada tuh sebelum cakap. daripada dok cakap cenggitu , kan lebih elok tukar ayat kepada "saya cuba" ~

"saya sayang awak. saya akan cuba untuk bahagiakan awak"
"saya cuba untuk setia. saya berdoa setiap hari agar ditetapkan hati dari buat perkara yang buat awak terluka"

haa molek lah gitu. hehe dalam kita berjanji setia tuh, kita kena ingat yang esok belum pasti lagi jadi milik kita. belum tentu apa yang kita miliki hari ni akan kekal jadi milik kita. hargai dan berdoa itu jalan terbaik.


da da ~


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, June 22, 2013

love is something that you can't find


Love is not a joke, Love is not a
game,

Once
you fall in love, You will never be
the same. . .

Love is never-ending, Love is
never wrong,

Love can make you weak, Love
can make you
strong. . .

Love is more than words, Love is
more than
giving,

Love can make you cry, Love can
make you sing. . .

Love is always true, Love is always
kind,

Love
is something that happens, Not
something

that you can find



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

A father


A Father Is Someone Who….
Is a daughter’s first love
Will be there for you no matter how bad a mistake you’ve made
Will stand up for you when you need him
Will give you his hugs and shoulders to cry on
Promises you that you will always be his little girl
Loves you so much and will sacrifice whatever it is to make you happy again
A father is supposed to be the one man who will never give up on you



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, February 1, 2013

For my future husband ~

Dear Husband ♥

I will cook. I will clean. I will shop. I will be the best wife, ever, InsyaAllah..

I will dress up for you. I will maintain my appearance for you.
I will make sure to be the best wife I can be, InsyaAllah..
I will have children with you & I will raise them to be the best they can be.
I will be the best mother, InsyaAllah..

All this - as long as you promise me one thing..

Help me, accompany me in getting to Jannah

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, January 25, 2013

Ketika kita sakit .....

Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan mengutus 4 malaikat:

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN/KETAMPANAN WAJAH (pucat)
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sehat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga agar mengembalikan apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat mengembalikan dosa hambaNya tersebut.

SubhanAllah, betapa Mulia dan Kasih Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika kita sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.


*copy paste dari facebook*
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment