The Sound of My Heart The Sound of My Heart

Thursday, June 19, 2014

trouble here, trouble there ~

assalamualaikum :)

pernah dengar lagu Lenka -  Trouble is a Friend ? 

"Trouble he will find you no matter where you go,
No matter if you’re fast, no matter if you’re slow"

masalah nih memang tak akan berhenti, tak akan habis. satu masalah selesai, nanti datang pulak masalah lain. bosan kan ? tapi kau kena ingat, masalah tak kan datang suka suka. mesti akan ada kesan dalam hidup kita lepas tu.


semua orang ada masalah sendiri. ada ke yang bahagia sepanjang masa, tak ada masalah sikit pun ? kau tengok ada orang senyum memanjang, cakap tak henti, ketawa terbahak bahak tuh tak ada masalah ke ? bukan semua orang suka tunjuk yang dia ada masalah. masalah ni datang dalam macam macam bentuk. masalah keluarga, masalah kerja, masalah duit, masalah hati, kesihatan, negara. macam macam lahh ~ 

dan kadang kadang masalah yang datang tuh kita rasa teramatlah berat. sampai kan kita akan rasa taknak teruskan hidup lagi. rasa tak mampu nak tanggung dugaan yang datang. tapi apa boleh buat kan. nak taknak kau kena lalui jugakk. kau kena teruskan. walau seribu kali kau kata kau tak kuat, tapi itu je pilihan yang kau ada. be strong ! prove to the world that you are strong enough to face all the problems. 


 jangan putus asa. jangan salah kan takdir. aku pun pernah suatu ketika timbul rasa nak mengalah sebab tak tahan dengan dugaan. yaa I admit ~ amek masa jugak untuk aku sedar. yelah dugaan bertimpa timpa, aku pun tak duga akan diuji macam tuh sekali. tapi lama lama aku sedar, Tuhan beri aku ujian sebab nak tengok tahap kekuatan aku, tahap keimanan aku, dan paling penting tahap kesabaran aku. dan aku sedar Tuhan tak kan uji hambaNya melebihi kemampuan dirinya. Tuhan uji sebab sayang. dalam berjuta umat manusia, Dia pilih kau untuk diduga. nampak tak kasih sayang ALLAH ? 


jangan mengalah. kalau rasa dugaan tuh terlalu berat, terlalu membebankan, cari sahabat untuk luahkan. kongsi masalah sama sama. mungkin dia tak boleh tolong selesaikan, tapi sekadar dapat lepaskan tekanan pun dah cukup kan. dari simpan lama lama. nak jadi pekasam ? kihkih 



"dear friends, I know we just met. And I didn't know you so well. But if you have problem or anything, please ~
I can be your ear to listen, a shoulder to cry on and a heart to care. That's all I can do."

sincerely, rk 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, June 17, 2014

Wordless Wednesday




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, March 29, 2014

the difference

assalamualaikum
hello :)

dah lama jugak tak update. nak kata takde idea tak jugakk. macam macam idea keluar. cuma kemalasan yg tak dapat dibendung. haha

okay sekarang nak cerita pasal apa ? hmm dalam diri aku nih ada satu habit, habit yg pelik sikit kot. aku selalu membezakan benda. tak kisah lah binatang ke, kerja ke, status ke. blehblehblehh ~

aku cuma nak cerita dua benda je.

aku tak sambung belajar. not yet. belum masanya. err whatever ! dan semua kawan kawan aku dah pegi belajar dah. semua. yang masuk tingkatan 6 pun dikira sambung belajar kan. k semua. ada yg akan habis belajar bulan 4 nanti. then mereka akan masuk U pulakk.

dan aku lepas spm aku terus kerja. dah setahun dah aku kerja. dah macam macam dah aku buat. and yeahh itu lah kisah aku. muehehehhe

mereka pelajar. aku pekerja.

see the different ? aku tak kesah pasal title pekerja. yang melemahkan jiwa aku bila aku dianggap seperti 'tak layak' dengan mereka yg belajar. aku rasa orang yg sambung belajar ni memang dipandang tinggi. kan ? lagi lagi bila subjek yg diambil tuh, fuhh meletop nyahhh ~!

"mana ada ! kau ni jangan pikir bukan bukan lahh"

okayy "maybe" aku yg pikir bukan bukan. tapi aku, yang berada kat kedudukan 'pekerja' tuh tetap akan rasa rendah. (yaa aku mmg rendah pun) mungkin korang tak rasa. bila jumpa masing masing akan cerita pasal life as a student. meet new friends. dengan assignment, clubs' activities ~ dan aku ? tak kan aku nak cerita pasal kerja aku pulakk. hahahahaha aku memang nak cerita pasal kerja aku. tapi tak apa lahhh ~ hihi

dan benda ni jugak mengganggu hubungan aku dan si dia. mula nya masing masing sama sama bekerja walaupun tak sama tempat. dia sibuk dengan kerja, aku pun sama. tapi status kami tetap sama- pekerja. lepas tu dia pula sambung belajar. tak jauh pun. bukan duduk asrama pun. tapi tetap ada 'different'

mungkin aku yang tak paham life as a student macam mana. betapa susah nya dengan assignment, kena struggle, group activity lagi. aku cuba nak paham. mungkin cuba aku tuh tak cukup. atau pun aku dah tak layak utk dia ? yalahh mana kan layak pipit nak terbang dengan enggang. haha

mungkin sebab aku macam tak ada masa depan. mungkin aku tidak setaraf. mungkin aku tak akan dapat paham dia, mungkin dia perlu seseorang yg lebih memahami, yang bole dengar katanya, yang bole sayang dia sepenuh hati. MUNGKIN 

dear you and friends, walau apa pun aku harap jangan lah lupa aku. mungkin aku belum mampu untuk setaraf dengan korang. im trying dear. and I hope all of you will success in everything that you do. insha ALLAH :)


yang kedua aku nak cerita. the boss and the coolie 

nih memang dah sah lah nampak different dia tuhh. BIG DIFFERENT. tak payah cerita lah kan sapa bos sapa kuli. sah sah lah aku kuli nyaa ~ haha

yaa semua tak sempurna. mana ada manusia kat dunia ni yang sempurna. semua pernah buat salah. akan sentiasa buat salahh. kalau tak buat salah macam mana kita nak belajar kan.

seorang ketua dipilih jadi ketua mungkin kerana pengalaman, kepandaian, kecekapan, and so on ~ ketua juga perlu membimbing anak buah nya. bukan nya bersikap 'bossy'. tapi ada orang akan cakap "biar lah bossy sikit, nanti anak buah tak pijak kepala". hmm okayy. kenapa sampai macam tuh ? think positive. kalau tak bossy pun, takde nya sampai semua orang akan pijak kepala.

cuma dalam hal ni, aku cuma nak cakap, dalam kes aku sendiri, bila aku buat salah sekali semestinya aku akan dihentam sampai aku hilang semangat. sedangkan segala yg aku dah buat, yang aku ada rasa tak puas hati sebelumnya, aku tetap pikirkan dia sebagai bos aku. aku tetap terpikir tentang kepentingan dia. aku bukan nak berlagak baik. mintak dijauhkan sifat tu. aku pikirkan tentang dia dengan harapan dia pun akan pikirkan tentang aku. tapi aku silap. terima kasih kerana menyedarkan aku :)


 tak ada yang senang dalam hidup ni. kena ada usaha, doa dan tawakkal. kalau tak macam mana nak berjaya. cuma kena pikir baik dan buruk. mana yang mendatangkan kebaikan, mana yang akan memburukkan lagi keadaan.

terima kasih :)


*p/s
sekelip mata je manusia akan berubah
jangan terkejut
mungkin kita pun sama 
sedangkan pantai pun berubah
inikan hati manusia



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, August 20, 2013

Give and take

hello :)

kita hidup nih kadang kadang lebih meminta dari memberi. lebih banyak berharap menerima dari orang lain. kenapa ?

kita mengharapkan ada orang akan menolong kita waktu susah, tapi kita sendiri tak pernah menolong orang yang dalam kesusahan.

kita mengharapkan ada orang akan memahami diri kita, faham kerja kita, faham segala-gala tentang diri kita. tapi kita tak pernah cuba untuk faham diri orang lain. adilkah ?

kita nak orang berkorban untuk diri kita, tapi kita tak pernah berkorban untuk orang lain.

kita nak orang lain dengar masalah kita, tapi kita tak pernah luangkan masa untuk dengar masalah orang lain.


sebenarnya semua benda nih simple je. diri kita sendiri yang merumitkan keadaan. bila kita tak dapat apa yang kita nak, mula lah tak keruan, marah sana sini.

kenapa perlu marah ? bagus ke marah tak bertempat ? tak elok lepaskan marah dekat orang lain. bersabar lagi baik

faham istilah 'give and take'. bukan kah tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima ?



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, August 9, 2013

Teruskan perjuangan

assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Aidilfitri :)

semua bergembira bila dah raya. kan kan kan ? hihi dapat makan ketupat, lemang, rendang, lontong, kuih raya. wahhh thats what we called "Raya" !

TAPI !

tak semua orang bergembira. ada yang menyambut raya ala kadar saja. so kita yg cukup segalanya kena lah bersyukur dan terima apa yang ada. dari tak ada langsung kan.

TAPI ! (lagi sekali)

sebenarnya aku tak nak cerita pasal tuh. aku nak cakap pasal kawan kawan sebaya aku yang dah sambung belajar. dengar cerita mereka ada exam naik cuti raya nanti. so dorang tak boleh beraya tanpa membaca buku. tak kira yg dekat matriks ataupun kat universiti.

so aku sebenarnya eksaited gilo lah nak ajak beraya kan kan. tapi tak terluah pulaaa. kang dari sorang tacing, semua tacing dengan aku. muehehehe

yang terselamat cuma aku yang bekerja dan dorang yang masuk form 6 je. dorang dah exam sebelum raya. so dapat lah beronok ronok nak tengok wayang ceghito hantu :D

actually aku yang tak stress dengan belajar nih pun takde lah sambut raya gila gila. sama je tiap tiap tahun.

so guys ~ walaupun korang semua tak dapat beraya lama lama, dapat balik jumpa family pun dah cukup baik kan. bukan nya korang tak balik terus. sekurang kurang nya dapat pakai baju raya cantek cantek. dapat bersalaman minta maaf kat family.

AND ! hidup sebagai student memang lah kena banyak berkorban. berkorban masa, berkorban duit. untuk apa ? untuk masa depan jugak. susah kan hidup kat negeri orang ? susahkan kena struggle gila gila ? susahkan bila tak ada teman yang memahami di sisi ? that's life. life full with adventures.

memang aku tak sambung belajar, (I meant BELUM sambung belajar lagi) tapi aku pun pernah bergelar student jugak. so aku tahu lah life student macam mana. haha



Just think positive and keep your head up. Tuhan tahu apa yang kita buat dan pasti akan ada ganjarannya.



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, July 22, 2013

Thousand kind of human

hello :)

sikap manusia nih lain lain. tak semua orang jahat dan tak semua orang baik. bergantung pada cara kita layan orang tuh. kalau kita baik, mungkin dia juga akan layan kita dengan baik.

masa kita kecik kecik dulu semua orang akan buat baik dengan kita. sebab apa ? hati budak budak kan sensitif. kalau kena buli sikit je mesti terus meraung. tak dapat apa yang diminta mesti hentak hentak kaki. kena pukul sikit je merajuk duduk bawah meja.

bila kita dah besar tak ada nya orang nak pujuk kita macam dulu. meraung lah kuat mana, merajuk lari ke kutub utara pun belum tentu ada yang kejar.

bila kita dah boleh berfikir dengan matang, baru kita nampak warna sebenar seseorang tuh. tak semestinya orang yang kita kenal dari tadika tuh kita tahu segalanya tentang dia. setiap orang akan berubah mengikut masa, keadaan sekeliling dan cuaca. eh ?

ada orang yang pendiam, tetapi murah dengan senyuman.

ada orang yang panas baran.

ada orang yang egonya tinggi dan sombong.

ada orang yang tak kisah dengan dunia luar.

ada orang yang suka menabur janji tapi tak tunaikan.

ada orang yang sangat peramah.

ada orang yang walaupun diri dia ada masalah, tapi tetap senyum.

ada orang yang suka menangis depan orang sambil meminta simpati.

ada orang suka ketawa kuat kuat untuk tutup kesedihan dia.

ada orang yang ketagih tengok Running Man. eh ?

blehblehblehblehhh ~ ~ ~

for me, semua tuh terpulang kat diri sendiri. sebab kita kan dah diberi akal dan fikiran. boleh fikir mana yang baik dan mana yang buruk. cuba lah berubah untuk jadi lebih baik. tak salah kan jadi baik ?

tak semestinya bila ada orang dah buat jahat dengan kita, kita pun balas jahat jugakk. hish tak elok tuh !

sebelum buat apa apa, baik fikir dulu. sebelum bercakap, fikir dulu. sebelum makan, fikir dulu. sebelum mandi, fikir dulu. sebelum berjanji, fikir dulu. sebelum bercinta, fikir dulu.

okay ? babai !
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, July 10, 2013

Wordless Wednesday




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, June 26, 2013

mudahnya berjanji

hello :)

"Promises are like snowballs. It's easy to make them, but it's too difficult to keep them"

senangkan nak berjanji. tapi nak tepati tuh macam susah je.

siapa yang selalu berjanji ? kawan kawan ? keluarga ? kekasih ? jiran sebelah ?

sekarang nih aku bekerja kat Bridal. butik pengantin of course lah kasi service untuk pengantin kan. dan kadang kadang kami pun berjanji. macam macam jenis janji yang kita dah pernah cakap.

"awak nak baju pengantin kembang ala cindarella ? kami boleh buat"
"nak pelamin ada unta ?nanti kita pergi beli kat arab untuk awak"
"nak letak ABC kat meja makan damai ?boleh boleh tak ada masalahhh"

*okay dialog atas tuh bohong semata mata*

sebenarnya kita kat bridal tuh takde pun mengeluarkan segala kata kata manis macam tuh. apa pengantin nak, tak semua kita boleh buat. kadang kadang benda yang pengantin nak tuh semua tak masuk akal. selagi mampu kita akan cuba.

tapi pada pandangan aku certain pengantin nih bila nak kawen je jadi ngada ngada. nak itu lah nak ini lahh. time tak nak kawen takde pulak mintak bukan bukan. haha


"saya sayang awak sangat sangat. saya janji saya akan setia. saya tak akan lukakan hati awak.hanya awak dalam hati saya"
"awak cinta terakhir saya"

senangkan nak cakap. guna air liur je. cuba guna otak yang kita ada tuh sebelum cakap. daripada dok cakap cenggitu , kan lebih elok tukar ayat kepada "saya cuba" ~

"saya sayang awak. saya akan cuba untuk bahagiakan awak"
"saya cuba untuk setia. saya berdoa setiap hari agar ditetapkan hati dari buat perkara yang buat awak terluka"

haa molek lah gitu. hehe dalam kita berjanji setia tuh, kita kena ingat yang esok belum pasti lagi jadi milik kita. belum tentu apa yang kita miliki hari ni akan kekal jadi milik kita. hargai dan berdoa itu jalan terbaik.


da da ~


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, June 22, 2013

love is something that you can't find


Love is not a joke, Love is not a
game,

Once
you fall in love, You will never be
the same. . .

Love is never-ending, Love is
never wrong,

Love can make you weak, Love
can make you
strong. . .

Love is more than words, Love is
more than
giving,

Love can make you cry, Love can
make you sing. . .

Love is always true, Love is always
kind,

Love
is something that happens, Not
something

that you can find



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

A father


A Father Is Someone Who….
Is a daughter’s first love
Will be there for you no matter how bad a mistake you’ve made
Will stand up for you when you need him
Will give you his hugs and shoulders to cry on
Promises you that you will always be his little girl
Loves you so much and will sacrifice whatever it is to make you happy again
A father is supposed to be the one man who will never give up on you



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, February 1, 2013

For my future husband ~

Dear Husband ♥

I will cook. I will clean. I will shop. I will be the best wife, ever, InsyaAllah..

I will dress up for you. I will maintain my appearance for you.
I will make sure to be the best wife I can be, InsyaAllah..
I will have children with you & I will raise them to be the best they can be.
I will be the best mother, InsyaAllah..

All this - as long as you promise me one thing..

Help me, accompany me in getting to Jannah

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, January 25, 2013

Ketika kita sakit .....

Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan mengutus 4 malaikat:

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN/KETAMPANAN WAJAH (pucat)
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sehat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga agar mengembalikan apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat mengembalikan dosa hambaNya tersebut.

SubhanAllah, betapa Mulia dan Kasih Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika kita sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.


*copy paste dari facebook*
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, December 19, 2012

Wordless Wednesday



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, December 12, 2012

The Marriage

Assalamualaikum ~

13 Mei 2012 yang lepas (memang dah lama dah punn) kakak saya kahwin :)
pagi around 11 am upacara akad nikah . majlis buat dekat dewan . semua pun buat dekat dewan .
akad nikah pun buat dekat dewan .
dengan sekali lafaz dia sah menjadi isteri orangg hihi
gambar sekitar majlis akad nikah :


ok! lepas tuh apa ekk ~ ohhh bersanding time haha
dengan tema merah jambu + biru + sakura majlis berlangsung dengan sempurna
alhamdulillah :)

pengantin lelaki sampai lebih kurang pukul 2 lebih.
adat orang johor ada tol dan merenjis atau tepung tawar :)

kena lalu tiga tol baru lepas haha
tol yang terakhir bos nya saya sendiri and the geng hihi
tak pasal pasal kena berpantun haha


masa makan beradab atau makan berdamai tuh, ada persembahan zapin.
itu budak budak dari sekolah abang ipar sayaa :)
terima kasih sudi luang masa walaupun hari ahad hehe
gambar tak berapa tersusun pulakk haihhh
ok masa potong kek pun ada persembahan.
atas permintaan kakak sayaa yang nak buat surprise konon nyaa haha
ada pemain violin mainkan lagu Winter Sonata hihi


keluarga belah pengantin lelaki :)
keluarga belah pengantin perempuan :)
ohana :)

congratulation :)


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wordless Wednesday



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, December 10, 2012

Hello :)

assalamualaikum :)

fuhh agak lama tak update ini blog .
nak kata busy, takde lah busy sangat ~

ok saya sudah habis SPM !
sekarang menjadi penganggur kat rumahhh .
menggemukkan diri haha

sementara duduk kat rumah nih takde buat apa apa,
akan saya rajinkan diri menghupdate blog nih .
emm harap lahhh ~

ok choww ~
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, July 8, 2012

you are my dream :)


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, July 7, 2012

Love Story


Once a girl met a naughty boy, she
was new in his city so, the boy
helped her in every matter.

The boy asked her real name and
about her life but the girl said:
when we will become "best
buddies" i'll tell u everything
about me.

But the boy was thinking they
can't be so close...
the boy often hurt her
unconsciously...
the girl started loving him
secretly.. ♥

She often got angry on him for
not understanding her feeling
towards him... :/
One day the boy was lil upset for
some reason and the girl became
sad to see her love upset..... :(

She wrote on a wall
"I Love You"..... ♥
She noticed the boy started
smiling at that time,
She asked him the reason.. :)
The boy replied: When you know
the reason of my smile why r u
asking.. ;)

The girl pretended like she really
don't know the reason..
The boy started acting to being
sad again... :(

The girl said now y u become sad
again... :'(
He replied: Only u can make me
smile..
She asked: how can i do that???
He replied: the same way u did
before..
She felt shy and said:
"I Love You"
Boy smiled and said:
"I Love You Too"♥

So finally they become "best
buddies"
now they share everything
and can't live away from each
other even for a second.


copy paste dari facebook


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

I'll stay in your heart forever


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, July 5, 2012

there's a chance


hello :)

peluang ada di mana mana . kadang kadang peluang tuh datang berkali kali dalam hidup kita . cuma kita tak nampak ataupun tak reti nak hargai .

bila kita terlepas peluang yang telah diberi oleh Tuhan , ingat lah peluang akan datang untuk kali kedua . tapi bila sudah dapat peluang kedua , jangan lah sia sia kan . bukan senang nak dapat .

peluang untuk memperbaiki keputusan ujian . peluang untuk bahagia . peluang untuk dapat wang . peluang untuk berbaik dengan rakan . macam macam peluang ada dalam hidup nih .

kadang kadang kita terlepas peluang pertama . peluang kedua pula datang . dan untuk kali kedua kita buat kesilapan hingga terlepas peluang yang diberi . adakah peluang yang ketiga ?

mungkin Tuhan akan beri kita banyak peluang . tapi manusia ? manusia tak sempurna . jika kita ada buat kesilapan , buat mereka marah , kecil kan hati mereka . boleh ke mereka terima ? boleh ke mereka maafkan kita ? boleh ke mereka beri peluang kedua ?

mungkin mereka akan beri peluang kedua . tapi adakah mereka akan beri peluang ketiga kalau kita buat kesilapan yang sama . semua nya bergantung kepada hati masing masing .

apa apa pun . hargai lah peluang yang ada . guna sebaik mungkin . mana tahu peluang kedua tak sebaik peluang pertama . siapa tahu kann ~


P E A C E
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment