hello :)
dah lama jugak tak update. nak kata takde idea tak jugakk. macam macam idea keluar. cuma kemalasan yg tak dapat dibendung. haha
okay sekarang nak cerita pasal apa ? hmm dalam diri aku nih ada satu habit, habit yg pelik sikit kot. aku selalu membezakan benda. tak kisah lah binatang ke, kerja ke, status ke. blehblehblehh ~
aku cuma nak cerita dua benda je.
aku tak sambung belajar. not yet. belum masanya. err whatever ! dan semua kawan kawan aku dah pegi belajar dah. semua. yang masuk tingkatan 6 pun dikira sambung belajar kan. k semua. ada yg akan habis belajar bulan 4 nanti. then mereka akan masuk U pulakk.
dan aku lepas spm aku terus kerja. dah setahun dah aku kerja. dah macam macam dah aku buat. and yeahh itu lah kisah aku. muehehehhe
mereka pelajar. aku pekerja.
see the different ? aku tak kesah pasal title pekerja. yang melemahkan jiwa aku bila aku dianggap seperti 'tak layak' dengan mereka yg belajar. aku rasa orang yg sambung belajar ni memang dipandang tinggi. kan ? lagi lagi bila subjek yg diambil tuh, fuhh meletop nyahhh ~!
"mana ada ! kau ni jangan pikir bukan bukan lahh"
okayy "maybe" aku yg pikir bukan bukan. tapi aku, yang berada kat kedudukan 'pekerja' tuh tetap akan rasa rendah. (yaa aku mmg rendah pun) mungkin korang tak rasa. bila jumpa masing masing akan cerita pasal life as a student. meet new friends. dengan assignment, clubs' activities ~ dan aku ? tak kan aku nak cerita pasal kerja aku pulakk. hahahahaha aku memang nak cerita pasal kerja aku. tapi tak apa lahhh ~ hihi
dan benda ni jugak mengganggu hubungan aku dan si dia. mula nya masing masing sama sama bekerja walaupun tak sama tempat. dia sibuk dengan kerja, aku pun sama. tapi status kami tetap sama- pekerja. lepas tu dia pula sambung belajar. tak jauh pun. bukan duduk asrama pun. tapi tetap ada 'different'
mungkin aku yang tak paham life as a student macam mana. betapa susah nya dengan assignment, kena struggle, group activity lagi. aku cuba nak paham. mungkin cuba aku tuh tak cukup. atau pun aku dah tak layak utk dia ? yalahh mana kan layak pipit nak terbang dengan enggang. haha
mungkin sebab aku macam tak ada masa depan. mungkin aku tidak setaraf. mungkin aku tak akan dapat paham dia, mungkin dia perlu seseorang yg lebih memahami, yang bole dengar katanya, yang bole sayang dia sepenuh hati. MUNGKIN
dear you and friends, walau apa pun aku harap jangan lah lupa aku. mungkin aku belum mampu untuk setaraf dengan korang. im trying dear. and I hope all of you will success in everything that you do. insha ALLAH :)
nih memang dah sah lah nampak different dia tuhh. BIG DIFFERENT. tak payah cerita lah kan sapa bos sapa kuli. sah sah lah aku kuli nyaa ~ haha
yaa semua tak sempurna. mana ada manusia kat dunia ni yang sempurna. semua pernah buat salah. akan sentiasa buat salahh. kalau tak buat salah macam mana kita nak belajar kan.
seorang ketua dipilih jadi ketua mungkin kerana pengalaman, kepandaian, kecekapan, and so on ~ ketua juga perlu membimbing anak buah nya. bukan nya bersikap 'bossy'. tapi ada orang akan cakap "biar lah bossy sikit, nanti anak buah tak pijak kepala". hmm okayy. kenapa sampai macam tuh ? think positive. kalau tak bossy pun, takde nya sampai semua orang akan pijak kepala.
tak ada yang senang dalam hidup ni. kena ada usaha, doa dan tawakkal. kalau tak macam mana nak berjaya. cuma kena pikir baik dan buruk. mana yang mendatangkan kebaikan, mana yang akan memburukkan lagi keadaan.
terima kasih :)
*p/s
sekelip mata je manusia akan berubah
jangan terkejut
mungkin kita pun sama
sedangkan pantai pun berubah
inikan hati manusia