The Sound of My Heart The Sound of My Heart: June 2012

Wednesday, June 27, 2012

video kawad peringkat negeri



kawad kaki Kadet Remaja Sekolah (W) SMK Permas Jaya .
naib johan peringkat negeri :)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wordless Wednesday


*perempuan je yang faham* :D

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, June 25, 2012

F.R.I.E.N.D


F -Few
R - Relationship
I - In
E - Earth
N - Never
D - Dies

hai sahabatttt ~

pergi sekolah jumpa kawan . pergi kedai jumpa kawan . pergi pasar malam jumpa kawan . pergi tengok wayang jumpa kawan . kawan ada di mana mana . kadang kadang dalam mimpi pun kawan kita boleh muncul .

tapi kawan nih ada macam macam jenis . ada yang baik . ada yang jahat . ada yang cuma wujud bila perlukan pertolongan . ada yang suka bermuka-muka . ada yang tak pandai jaga hati . ada yang memang sentiada memberikan sokongan dan pertolongan . ada juga yang tikam dari belakang . ouchh !

contohi lah Spongebob Squarepants !


Spongebob tak kisah kawan dengan Patrick yang bangang
walaupun semua tahu Patrick tuh memang tergolong dalam kumpulan 'dummies' tapi , Spongebob tetap jadikan Patrick tuh kawan baik . Patrick tuh bukan nya tahu nama penuh Spongebob . dia tak pernah tahu pasal diri Spongebob padahal Spongebob tahu semua pasal Patrick . tapi Spongebob tak pernah kisah . sebab bila kita berkawan , jangan terlalu memandang kelemahan seseorang . hargai mereka melalui kelebihan mereka .

walaupun Squidward tak suka Spongebob ,ada dia kisah ? :D
hari hari Squidward kena tahan dengan perangai Spongebob . mereka dah lah berjiran . satu tempat kerja pulak tuh . sampai kan Squidward berapa kali naik bas nak pergi 'Far Far Away' . tapi datang balik jugak . haha setiap pagi Spongebob akan tegur Squidward . Spongebob ambil kan surat khabar . teman Squidward pergi kerja . bila Squidward dalam kesusahan , yang datang membantu mesti Spongebob . tak tahu lah kenapa Squidward menyampah betul dengan Spongebob . moga moga Squidward sedar . haha

Spongebob menghormati ketuanya , Mr. Crab
money money money money money money money money ~ mata duitan ! kedekut ! itu lah sikap bos Spongebob , Mr. Crab pemilik Krusty Krab . Spongebob sampai pernah kena jual dekat Flying Dutcman semata mata sebab duit . tapi Spongebob sentiasa menghormati boss nya walau apa yg Mr. Crab dah buat .

Spongebob tak memilih kawan
kenal Sandy Cheek ? Sandy tuh tupai , haiwan atas tanah . bukan haiwan laut . sebab tuh dia pakai macam baju angkasawan . haha Sandy dengan Spongebob kawan . tapi tak pernah pun timbul isu perkauman atau perbezaan hidup masing masing . bahagia je hidup mereka . kan bagus macam tuh . berkawan biar ikhlas .

bila berkawan biar lah ikhlas . jangan pandang harta . jangan pandang rupa . jangan ambil kesempatan atas kelebihan kawan . kawan kerana hati yang ikhlas . Insya ALLAH hubungan itu akan diredhai dan berkekalan hingga akhir hayat . AMIN



ILOVEYOU KAWAN
(sorry tak mampu nak upload banyak banyak)



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Rule of a Gentleman #6


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, June 21, 2012

Fikir Dahulu Sebelum Berkata

1001 Tip Komunikasi Hebat: FIKIR DAHULU SEBELUM BERKATA

Terkadang disebabkan keghairahan, ataupun Emosi yg lainnya, kita mengucapkan sesuatu pd seseorang tanpa Berfikir Dahulu.

Memang sebagai manusia, lumrah membuat silap. Namun, ada pepatah Melayu berbunyi..

Terlajak perahu boleh gostan,
Terlajak kata, tak boleh ditarik balik.

Apa pun, Sebelum anda (dan saya juga) Bercakap atau mengatakan sesuatu, elok DIFIKIRKAN DAHULU..

1. Adakah ianya BENAR?
2. Adakah ianya PERLU?
3 Adakah ianya SOPAN?
4. Adakah ianya MEMBANTU?
5. Adakah ianya MEMBERI SEMANGAT?

Jagalah Adat, Budaya & Tatatertib org Melayu.
BILA BERCAKAP, BIAR BERALAS


copy paste dari Motivasi Diri


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, June 20, 2012

Wordless Wednesday


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, June 13, 2012

Wordless Wednesday


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, June 12, 2012

pasti ada hikmah nyaa


Assalamualaikum

“aku dan dia dah putus…”


“kenapa?”


“aku dah tak sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”

“kau pasti dengan keputusan kau.kau tak kesiankan dia? dia sayang kau…”


“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah tak mampu…”


“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”



selepas setahun.


“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”


“kenapa? apa yang dah jadi…?”


“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”


“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”


“entah. mungkin rasa dikhianati. tak dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka. rabak. koyak. patah….”


“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”


“aku tak boleh stop. mata aku tak boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”


.


beberapa bulan kemudian


“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”


“kau ada jawapan?”


…senyum “ada…mudah.”


“apa dia?”


“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”


“kongsi lah…”


“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang tak hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”


“maksud kau?”


“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”


“teruskan aku dengar…”


“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.


Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”


“so sekarang?”


“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”


“lelaki?cinta?”


“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”


“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”


“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.


Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur ”


p/s : Semoga bermanfaat


MANUSIA : BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi tak belajar dari pengalaman orang lain BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain

copy paste dari page Bunga dan Taman


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, June 9, 2012

tapi ALLAH SWT adaa ...


Walau takde orang sayang kita , tapi ALLAH ada di hati kita .
Walau takde orang cinta kita , tapi ALLAH sentiasa kasihi kita .
Walau takde orang tolong kita , tapi ALLAH ada lindungi kita .
Walau takde orang rindu kita , tapi ALLAH tetap tunggu kita .
Walau takde orang jaga kita , tapi ALLAH perhatikan kita .
Walau kita keseorangan , tapi ALLAH ada teman kan kita .



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, June 6, 2012

Wordless Wednesday



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, June 5, 2012

perpisahan itu ~

 
perpisahan itu selalu terjadi kepada insan yang bercinta ~ lalala ~


kepada insan bercinta je ke ? yang tak bercinta tuh tak pernah tahu erti perpisahan ke ? yang tak pernah tahu macam mana rasa bila berpisah tuh , untunglahhh ~ :D


perpisahan terbahagi kepada tiga .


perpisahan hidup
perpisahan nih selalu nya dialami oleh pasangan yang bercinta . bila cinta tak dapat restu atau pun ada halangan dalam percintaan . kadang kadang bila berpisah sebab cinta ni rasa nya sakit gilaaa kan ? lebih lebih lagi bila kita dah beri sepenuh hati, seluruh kasih dan sayang kat pasangan kita . alahaii hancur hati bila terpaksa berpisah . sama juga macam cerai hidup . tak siapa nak bercerai :(


tapi setiap yang berlaku ada hikmah nya kan ? mungkin perpisahan tuh terjadi sebab kita memang tak ada jodoh dengan orang tu . ataupun ada orang yang lebih baik untuk kita . Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kita . jadi , sabar dan tunggu saja :)


perpisahan mati
lebih kurang cerai mati . berpisah untuk selama lama nya . mati itu pasti kan ? cuma kita tak tahu bila waktu nya . kita tak kan tahu siapa yang akan pergi dulu . berpisah disebab kan kematian rakan , kekasih atau pun family .


tak salah kita bersedih kerana kematian seseorang . tapi kita tak boleh menolak takdir . sebab mati itu pasti . dan itu ketentuan ALLAH :)


perpisahan 'benda'
berpisah dengan sesuatu barang pun kadang kadang menyakit kan . lagi lagi bila benda tersebut ada sentimental value . cewaahhh ! haha takpun kita kehilangan haiwan peliharaan kita . kucing kena langgar ke . burung tercekik tulang ke . ikan tersedak susu ke . haihh sedih tuhhh .


yang patah tumbuh , yang hilang berganti :)




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment